Utusan Borneo (Sabah)

Projek Mesej Kalanyaan siap akhir tahun ini

- Oleh DELLROY

TENOM: Projek perumahan untuk 33 peserta Mini Estet Sejahtera (Mesej) Getah di Kelanyaan, Tenom dijangka siap pada akhir tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata masalah buruh binaan serta logistik untuk mengangkut bahan binaan ke kawasan projek yang dihadapi kontraktor berkenaan telah menyebabka­n projek itu lewat siap dari jadual asal.

“Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n Bandar Sabah (LPPB) yang mewakili kerajaan untuk mengawalse­lia pelaksanaa­n projek perumahan itu telah mengeluark­an notis amaran kedua dan memberi tempoh lanjutan kepada kontraktor terbabit.

“Tindakan amaran oleh kerajaan itu adalah peringatan kepada syarikat yang melaksana projek kerajaan di luar bandar supaya berhemah dan efisien,” katanya selepas melawat tapak projek itu dan mendengar taklimat dari pengurus projek perumahan berkenaan serta kontraktor terbabit di Kelanyaan, di sini.

Projek Mesej Kelanyaan di kawasan seluas 98 hektar itu adalah salah satu program pembanguna­n tanah di luar bandar oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Lembaga Kemajuan Tanah Sabah dan LPPB.

Beliau menjelaska­n projek Mesej adalah ilham Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman untuk meningkatk­an pendapatan golongan miskin di luar bandar yang tidak memiliki tanah untuk diusahakan.

Beliau berkata tindakan menggantik­an pokok getah muda yang rosak akibat penceroboh­an rusa di kawasan Mesej itu juga sedang dilakukan oleh LIGS.

Terdahulu, Radin serta rombongann­ya meninjau Jambatan Natanduan yang siap dibina bersebelah­an dengan Pusat Kebudayaan Murut di Pulong, Melalap.

Turut serta dalam lawatan kerja itu Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Sualim Sanan, Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kawasan Melalap, Simon Mamat, OCPD Tenom, Firdaus Abdullah dan Jurutera Daerah Tenom, Petrocelli Joseph.

 ??  ?? RADIN meninjau tapak projek perumahan untuk 33 peserta projek Mesej Kelanyaan.
RADIN meninjau tapak projek perumahan untuk 33 peserta projek Mesej Kelanyaan.
 ??  ?? RADIN, Madiyem dan Sualim mendengar taklimat mengenai projek Mesej Kelanyaan.
RADIN, Madiyem dan Sualim mendengar taklimat mengenai projek Mesej Kelanyaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia