Utusan Borneo (Sabah)

Mesin air layan diri perlu pemantauan KKM

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Mesin air layan diri yang dipasang di merata tempat di negeri ini perlu diperiksa untuk mempastika­n air yang dibekalkan memenuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan.

Presiden Persatuan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah ( CAPS), JamesBagah­berkata,dibawah Peraturan 360C, PeraturanP­eraturan Makanan 1985 telah memperuntu­kkan bahawa air daripada mesin jual air hendaklah melalui proses penurasan, osmosis songsang, penyulinga­n, pengionan atau proses setara dan penyahjang­kitan.

“Apakah jaminan kepada pengguna untuk mempastika­n air yang mereka beli daripada mesin air layan diri ini benar-benar selamat untuk diminum dan mematuhi standard mengikutja­dual25pera­turanperat­uran makanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut James, tinjauan yang dilakukan oleh CAPS di beberapa kawasan di negeri ini mendapati banyak mesin air layan diri yang tidak mematuhi peraturan 53 dan 55 di bawah kebersihan makanan 2009 di mana mesin berkenaan tidak dilabelkan dengan nama dan alamat berdaftar pemilik atau syarikat, alamat lokasi mesin dan nombor lesen.

Katanya, mesin berkenaan juga diletakkan di kawasan yang tidak bersih, tidak mempunyai pintu yang boleh tutup secara automatik untuk melindungi muncung pendispens yang terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan asap kenderaan.

James berkata, mesin air layan diri ini menjadi tumpuan di kalangan warga pengguna kerana ianya mudah, prakital dan murah berbanding air yang dijual dalam pasaran namun persoalann­ya adakah air dari mesin ini betul betul bersih dan selamat untuk diminum tanpa perlu dimasak?

“Tinjuan CAPS juga mendapati ada mesin-mesin ini tidak diselangga­rakan oleh pemiliknya sehingga berbulan- bulan lamanya terutama sekali yang terletak di luar- luar bandar dan pendalaman,” katanya.

Katanya, dalam syarat yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), pemegang lesen wajib membuat pemantauan bulanan ke atas air dari mesin berkenaan yang merangkumi parameter fizikal warna, bau dan rasa tetapi sejauh mana syarat ini dipatuhi?

“KKM perlu tegas dalam menguatkua­sakan peraturan-peraturan sedia ada kerana ianya melibatkan kesihatan pengguna. Pemilik yang didapati melanggar peraturan harus dibawa ke muka pengadilan.

KKM juga perlu mewajibkan semua pemilik mempamerka­n jadual atau rekod servis dan penyelenga­raan di mesinmesin ini sebagai makluman dan panduan para pengguna,” katanya.

 ??  ?? JAMES BAGAH
JAMES BAGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia