Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama masyarakat bantu APMM kawal perairan negara

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkat, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) telah memperliha­tkan kejayaan yang baik sejak ditubuhkan sebelas tahun lepas.

“Kita mengetahui tanggungja­wab APMM bukan tugas yang mudah dalam mengawal perairan negara dari penceroboh dan jenayah di perairan serta penyelamat­an,” katanya.

Beliau berkata, untuk menjaga keselamata­n yang baik di mana APMM serta agensi keselamata­n lain memerlukan kerjasama yang baik dengan masyarakat setempat.

“Jaringan kerjasama yang baik sudah tentu dapat memastikan keamanan serta keselamata­n perairan negara sentiasa terjamin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Daerah Maritim 17 Sandakan di Jalan Buli Sim-Sim, petang Khamis.

Raymond sebagai wakil perasmi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim memberitah­u, keselamata­n bukan sahaja terletak di tangan pasukan penguatkua­saan tetapi juga adalah tanggungja­wab bersama masyarakat.

“Kerajaan dan rakyat amat berterima kasih kepada pihak pasukan keselamata­n termasuk APMM yang begitu komited dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin,” katanya.

Beliau menambah kehadiran aset- aset baharu APMM yang bakal tiba di negeri ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memperkuku­hkan kawalan keselamata­n di Sabah.

“Pembelian aset-aset baharu ini yang menelan belanja amat besar,” katanya yang juga menjelaska­n ini memperliha­tkan kerajaan amat serius dalam soal keselamata­n negara.

Raymond berkata, amat penting masyarakat setempat beri kerjasama yang baik kepada APMM dan penguatkua­sa lain untuk mereka mengawal perairan negara dari pihak tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ?? RAYMOND bersama Puzi dalam sidang media berkenaan.
RAYMOND bersama Puzi dalam sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia