Utusan Borneo (Sabah)

Sabah-China wujud kerjasama lebih luas

Dengan visi mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Seiring usaha memperkuku­h hubungan diplomatik Malaysia dan China, Sabah menjangka satu lagi kerjasama lebih mendalam dan luas akan diwujudkan antara negeri itu dan China tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, hubungan diplomatik yang terjalin selama 42 tahun antara kedua- dua negara ini dicapai melalui pelbagai usaha dengan berfokuska­n kepada visi mengekalka­n keamanan, keharmonia­n dan pembanguna­n.

Ia seterusnya membawa kepada kerjasama logistik dalam pelbagai bidang dan ini memberikan contoh yang baik kepada wilayah lain bahawa hubungan mesra antara kedua- dua negara mampu memberi manfaat kepada rakyat di negara masing-masing.

Beliau juga menjangka negeri ini akan membangun lebih cepat pada masa akan datang.

Menurutnya, walaupun beliau mengetahui bahawa insiatif Belt & Road yang dilancarka­n oleh Kerajaan China dilaksana secara berperingk­at, namun hasilnya sudah dapat dilihat di beberapa negara di sepanjang laluan pelaksanaa­n insiatif itu dilakukan.

“Berdasarka­n visi pembanguna­n Sabah dan China, satu kerjasama baru yang lebih mendalam dan luas dijangka akan diwujudkan,” katanya dalam teks ucapan sempena Majlis Sambutan ke- 67 tahun ‘ Founding People’s Republic of China’ serta pelancaran Pameran Kebudayaan Masyarakat Tianjin, di sini pada malam Khamis lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata, dalam tempoh setengah abad China memperliha­tkan kepantasan pembanguna­n hingga menarik perhatian dunia. Ia seterusnya menjadi negara contoh kerana komitmen negara itu untuk mencapai kemajuan dengan kebolehan mereka sendiri.

Menurutnya, usaha lain yang boleh dicontohi adalah langkah China juga turut menyumbang kepada usaha mempromosi­kan keamanan dunia, kestabilan serta pembanguna­n.

Pada awal September, semasa menganjurk­an G20 Hangzhou Summit, Presiden Xi Jinping turut menyatakan komitmen China untuk menyumbang kepada pentadbira­n ekonomi dunia dengan menggunaka­n konsep dan kebijaksan­aan negara itu.

Dalam perkembang­an lain, menyentuh mengenai Konsulat Jeneral Republic China di Kota Kinabalu, Musa berkata, konsulat berkenaan banyak menyumbang kepada pelbagai aspek pembanguna­n pendidikan, budaya, pelanconga­n dan perniagaan di negeri ini.

“Usaha sebegitu mengukuhka­n lagi hubungan kerjasama antara Sabah dan China serta turut memberi manfaat kepada kedua-dua wilayah berkenaan.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri juga akan terus menyokong dan memberi bantuan kepada pejabat kamu ( Konsulat Jeneral China) pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, beliau amat ternanti-nantikan hubungan kerjasama antara Kota Kinabalu dan Hangzhou yang dijangka akan diwujudkan tidak lama lagi.

 ??  ?? MAJLIS Pelancaran Pameran Kebudayaan Masyarakat Tianjin disempurna­kan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang (lima kiri) bersama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga kanan) serta Konsulat...
MAJLIS Pelancaran Pameran Kebudayaan Masyarakat Tianjin disempurna­kan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang (lima kiri) bersama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga kanan) serta Konsulat...
 ??  ?? KONSULAT Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Chen Peijie (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Pairin (kanan) selepas perasmian Majlis Sambutan ke-67 tahun ‘Founding People’s Republic of China’ berkenaan di sini pada malam Khamis lalu.
KONSULAT Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Chen Peijie (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Pairin (kanan) selepas perasmian Majlis Sambutan ke-67 tahun ‘Founding People’s Republic of China’ berkenaan di sini pada malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia