Utusan Borneo (Sabah)

Bekas ahli politik kekal jalani hukuman

Atas kesalahan rasuah berhubung proses pengeluran geran tanah

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU:Seorang bekas ahli politik terpaksa menerima hukuman atas kesalahan rasuah melibatkan wang sebanyak RM550,000, berhubung proses pengeluara­n geran tanah, selepas rayuannya diketepika­n Mahkamah Rayuan.

Hakim Dato’ Rohana Yusuf, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Dato’ MohammedHa­shimmembua­t keputusan itu terhadap bekas presiden Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) Suaidin@ Shuhaiddin Langkab@ Langab, 66.

Keputusan rayuan kes terbabit disampaika­n di dalam bilik Seminar Hospital Queen Elizabeth 1, di sini.

Perayu yang diwakili peguam Nelson Anggang dan Lorreto Pandua, merayu atas sabitan dan hukuman yang dikenakan mahkamah rendah terhadapny­a.

Pada 23 November 2014, Mahkamah Rasuah menjatuhka­n hukuman penjara 30 bulan dan denda RM2,750 juta atau penjara sepuluh bulan terhadap perayu, selepas didapati bersalah atas dua kesalahan rasuah.

Pertama, perayu meminta wang sebanyak RM400,000 daripadaCh­ewAiWah,sebagai dorongan bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur untuk menguruska­n proses pengeluara­n geran bagi lot tanah PT 80231840-PT80231842 dan PT80231849-PT80231852, di daerah Pitas.

Kesalahan itu dilakukan pada 28 Ogos 2008 jam 9.30 malam, di sebuah bilik hotel Tang Dynasty, di sini.

Kedua, perayu menerima wang sebanyak RM150,000 daripada Chew bagi tujuan sama, pada 19 September 2008 jam 9 malam, di Restoran Peyu, di Nexus Hotel Karambunai Resort, di sini.

Setiap kesalahan itu, Suaidin didakwa mengikut Seksyen 10 (a) (aa) Akta Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara 14 hari dan maksimum 20 tahun.

Serta boleh dikenakan denda lima kali ganda daripada jumlah nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Bagi kesalahan pertama, perayu dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2 juta atau penjara setahun. Manakala kedua, dipenjara setahun dan denda RM750,000 atau penjara sepuluh bulan.

Namun, mahkamah rendah memerintah­kan perayu menjalani keduadua hukuman itu secara serentak.

Sebelum itu, Nelson memberitah­u, perayu dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit dada, dan sekiranya rayuan tidak dibenarkan, beliau memohon perayu diberikan bon berkelakua­n baik.

Menurutnya, hal ini adalah dengan mengambil kira umur perayu dan keadaan kesihatan dan mental yang dihidapi.

Oleh itu, perayu tidak sesuai diperintah­kan menjalani hukuman penjara, kerana memerlukan rawatan perubatan yang rapi.

Walaubagai­manapun, Timbalan Pendakwara­ya Norzilati Ezhani Zainal@ Zainol menyatakan, bon berkelakua­n baik tidak boleh dibenarkan kerana ianya melibatkan kesalahan rasuah.

Tambahnya, hukuman yang dikenakan untuk setiap pertuduhan adalah tidak terlalu tinggi dan mencermink­an kesalahan yang dilakukan perayu.

Pihaknya memohon agar hukuman dan sabitan yang dikenakan mahkamah rendah terhadap perayu tidak diganggu.

 ??  ?? SUAIDIN terbaring ketika mendengar keputusan, Nelson (belakang) dan Lorreto (depan) berdiri disampingn­ya.
SUAIDIN terbaring ketika mendengar keputusan, Nelson (belakang) dan Lorreto (depan) berdiri disampingn­ya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia