Utusan Borneo (Sabah)

Dikenakan penjara tiga tahun, rogol gadis bawah umur

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan terpaksa menerima nasib apabila hukumannya ditingkatk­an kepada tiga tahun, oleh Mahkamah Tinggi, atas tiga kesalahan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Nurchaya Hj Arshad mengenakan hukuman itu terhadap Rex Roland Roger, 22, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan yang menentang keputusan mahkamah rendah.

Mahkamah dalam penghakima­n memerintah­kan responden menjalani setiap hukuman berkenaan secara berasingan.

Pada 11 Julai tahun ini, Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman penjara setahun ke atas responden, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Kesalahan pertama, responden melakukan kesalahan itu pada 20 Febuari tahun lalu jam 2 petang hingga jam 3.30 petang, di bilik tidur sebuah rumah kampung, ApinApin, di daerah Keningau.

Kedua dan ketiga, Rex merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 30 dan 31 Febuari tahun lalu antara jam 1 pagi hingga jam 2 pagi, di tempat sama.

Sekiranya disabitkan bersalah, hukuman yang diperuntuk­kan boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan.

Bagi setiap kesalahan terbabit, Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara selama tempoh setahun dan berjalan serentak.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan dikenakan penjara tiga tahun dan satu sebat, atas kesalahan menggunaka­n kekerasan jenayah mencabul anak buahnya.

Keputusan itu dilakukan oleh Nurchaya, selepas mengenepik­an rayuan sabitan terhadap tertuduh yang berusia 52 tahun, dan menggantik­an hukuman mahkamah rendah.

Pada 15 Januari lalu, perayu yang disabitkan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, selepas didapati bersalah mencabul mangsa yang berusia 15 tahun dengan cara menyentuh kemaluanny­a.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Mei tahun lalu jam 12 tengah hari, di dalam sebuah kenderaan, di tepi jalan berhampira­n Zoo Lok Kawi, Putatan.

Perayu diwakili peguam Peter Marajindan­TimbalanPe­ndakwaraya Aida Jaafar Mad Ariff bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia