Utusan Borneo (Sabah)

Dua sahabat didakwa mengedar dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita dan lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan mengedar dadah.

Hasnawati Ajuk, 32, dan Melven Sabtal, 22, berhadapan dengan hukuman gantung mandatori, apabila didakwa mengikut Seksyen 39 B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh mengedar syabu seberat 301.5 gram, pada 9 September tahun ini jam 2.30 petang, di restoran makanan segera KFC, di pusat membelibel­ah One Borneo, di sini.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Azaman Hamat memberitah­u mahkamah, laporan kimia belum disediakan dan memohon satu tarikh sebutan kes.

Oleh itu, Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pada 26 Oktober tahun ini sebagai sebutan semula kes terhadap kedua- dua tertuduh.

Mahkamah memerintah­kan Hasnawati dan Melven terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes berkenaan selesai.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 20 Oktober depan sebagai sebutan semula kes, terhadap dua wanita warga asing yang didakwa mencari langganan bagi maksud persundala­n.

Siriwmiol Nobprakaow, 32, dan M.L Nannapat Ariyatanko­m, 28, yang berasal dari negara Thailand, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan tarikh berkenaan sementara menunggu jurubahasa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 September lalu jam 7.55 malam, di dua bilik hotel berasingan, KK Times Square, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh dan diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia