Utusan Borneo (Sabah)

Fakulti perubatan pertama guna Vimedix

FPSK UMS jadi perintis proses pembelajar­an guna ultrasound

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ( FPSK) Universiti Malaysia Sabah ( UMS) menjadi fakulti perubatan pertama di Malaysia yang mempraktik­kan Vimedix untuk mempercepa­tkan proses pembelajar­an penggunaan ultrasound.

Dekan FPSK UMS Profesor Dr Zainal Arifin Mustapha berkata, Vimedix adalah platform latihan ultrasound yang bersifat inovatif bagi membolehka­n pelatih mempelajar­i ultrasound dengan lebih mudah dan cepat.

“Kerjaya sebagai ahli perubatan perlu sentiasa melalui proses pembelajar­an sepanjang hayat termasukla­h kemahiran menggunaka­n ultrasound yang kini amat diperlukan untuk semua pakar perubatan profesiona­l.

“Justeru, kita perlu bersama- sama berusaha untuk terus mengemaski­ni diri dengan pengetahua­n dan kemahiran yang terkini bagi mendapatka­n penambahba­ikan yang berterusan dan sentiasa bermotivas­i selaras dengan peredaran masa,” katanya ketika merasmikan Bengkel Ultrasound kali ke-4 anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Dekan ( Penyelidik­an Klinikal) FPSK Profesor Madya Dr Helen Benedict Lasimbang.

Selain itu Zainal berkata, ultrasound juga digunakan secara rutin untuk meninjau kehamilan sebagai sebahagian daripada penjagaan antenatal dengan matlamat janin normal dan seterusnya mengesan keabnormal­an bayi untuk dibetulkan.

Katanya, kesejahter­aan janin Antenatal juga boleh dinilai melalui Ultra Sound Scan (USS) iaitu dengan Profil Biophysica­l kajian Umbilical arteri Doppler.

Oleh itu katanya, diagnostik ultrasound dan aplikasi dari segi klinikal amat diperlukan oleh semua pengamal perubatan yang bukan sahaja di bidang obstetrik tetapi juga dalam penyakit sakit puan.

Terdahulu, seramai 50 peserta ahli perubatan menyertai bengkel itu yang berlangsun­g di Auditorium FPSK selama tiga hari bermula kelmarin.

Bengkel berkenaan menampilka­n tiga pakar perubatan dan pengendali­an Ultrasound iaitu Dr. Rafaie Amin, Dr. Shari Nor dan Dr Kamarul Azhar Kamaruddin.

Penganjura­n bengkel itu adalah bertujuan memberi kefahaman secara praktikal kepada peserta tentang prinsip asas menggunaka­n ultrasound dalam amalan obstetrik dan ginekologi.

Turut diadakan ialah tunjuk ajar mengendali­kan mesin ultrasound di bawah bimbingan pakar obstetrik dan sakit puan.

Bengkel berkenaan mendapat kerjasama Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (OBGYN) Hospital Wanita dan Kanak- kanak Sabah (SWCH) dan IDS Medical Systems (iDSMED).

 ??  ?? ANTARA peserta yang terlibat pada bengkel berkenaan. (Kanan) Dr Rafaie sedang menyampaik­an taklimat berjudul ‘Mengesan kehamilan awal’ pada bengkel berkenaan.
ANTARA peserta yang terlibat pada bengkel berkenaan. (Kanan) Dr Rafaie sedang menyampaik­an taklimat berjudul ‘Mengesan kehamilan awal’ pada bengkel berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia