Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas 12 motosikal ditinggalk­an penunggang

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis merampas 12 motosikal yang ditinggalk­an penunggang­penunggang­nya dalam Ops Motosikal dan Bas Sekolah di kawasan SK Perdana dan SMK Pasir Putih, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, kesemua penunggang motosikal terbabit dipercayai lari sebaik melihat kelibat polis yang bertugas di kawasan terbabit.

“Kita juga mengeluark­an sebanyak 25 keping saman terhadap pelbagai kesalahan lalulintas yang dikesan sepanjang operasi dijalankan,” katanya, di sini, kelmarin.

Fadil berkata, operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik itu diketuai oleh Pegawai Trafik ASP Joan Lee dengan tujuh angota dan turut dibantu beberapa orang guru.

Antaranya, Pengetua SMK Pasir Putih Abd Wahid Abd Rahman yang turut turun padang membantu polis mengecam pelajarpel­ajar sekolah itu yang tidak mematuhi undang-undang.

“Operasi ini dijalankan susulan aduan masyarakat mengenai pembonceng motosikal dan pemandu bas sekolah yang tidak ada lesen memandu serta menunggang secara berbahaya.

“Hasil pemeriksaa­n didapati, ada penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dan disaman kerana menyalahi undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata turut dikesan kesalahan pemandu bas sekolah yang tidak menepati ciri-ciri keselamata­n seperti lebih muatan dan memandu secara melulu.

Menurutnya, langkah pencegahan awal perlu dipraktikk­an dalam kalangan masyarakat supaya mendidik anak- anak dan keluarga pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya.

“Akibat kelalaian kita sendiri, kemalangan yang meragut nyawa boleh berlaku, justeru kita perlu bersama- sama mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamata­n bersama,” katanya.

 ??  ?? ASP Joan Lee (tiga kiri) dan pasukannya menjalanka­n pemeriksaa­n sempena Ops Motosikal dan Bas Sekolah di kawasan SK Perdana dan SMK Pasir Putih, Tawau, Rabu lepas.
ASP Joan Lee (tiga kiri) dan pasukannya menjalanka­n pemeriksaa­n sempena Ops Motosikal dan Bas Sekolah di kawasan SK Perdana dan SMK Pasir Putih, Tawau, Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia