Utusan Borneo (Sabah)

85 terima sijil penghargaa­n

Sempena Perhimpuna­n dan Amanat Khas IPD Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 85 orang dari pelbagai jabatan dan swasta telah menerima sijil penghargaa­n daripada mantan Ketua Polis Daerah Superinten­den Douglas Nyeging Taong sempena perhimpuna­n dan amanat khas yang diadakan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini pada Rabu.

Douglas yang telah berkhidmat selama satu tahun 10 bulan di sini akan bertukar ke IPD Kudat sebagai Ketua Polis Daerah dengan berpangkat Superinten­den.

Antara ketua- ketua jabatan yang menerima sijl penghargaa­n terdiri Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Penolong Pegawai Daerah Sook Primus Takom, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Datuk Arif, Pengarah Henry Gurney, Johari Mohd Yatim, Pengurus Wilayah Yayasan Sabah Teo Guan Leck, Jurutera Air Tam Yin Foon, Pegawai Fama Abdul Kassim Salim, Pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia Omar Bak Milladun dan Pegawai Mara Mohd Zairulfiza Mohd Zain.

Nama- nama lain ialah Ketua Perpustaka­an Wilayah Andi Syiartazni Kamaluddin, Pengurus Kompleks Sukan Ledwina M. Runggi, Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdin, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Azry Golbin, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Abu Hassan Mohd Nawi, Penguasa SPRM Suriati Sukardi dan Pegawai JPJ Mohd Esa Sulaiman.

Pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara Asniah Guriaman, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Pegawai Jheains Afandy Kasiman, Pegawai KBSS Edwin Kihob, Pegawai PPHT Kamisah Abdul Jalil, Ketua Pusat Rekod Arkib Alex Malibin, Pegawai Risda Ahmad Zharib Arbi, Pegawai JPNIN John Aping dan Pegawai Perhubunga­n Awam JPAM Azlan Haji Siron,

Turut menerima sijil penghargaa­n Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau Raymond Koh, Pengurus Bank Rakyat Abdul Aziz Zainol Din, Ketua Zon BSN Keningau James Alixius, Pengetua IPDAS Norjeli Haji Dais, Pengetua SM St Francis Xavier Betty Leong, Pengetua SMK Agama, Keningau Haidon Hadi Sapiri dan wakil- wakil media.

Sementera pegawaipeg­awai kanan polis yang turut menerima sijil penghargaa­n terdiri Inspektor Mohd Adnan Alias, Inspektor Muhammad Zulhelmi Ramli, Inspektor Ronny Ray Pius, Inspektor Abdullah Hussain, Inspektor Pravin A/ L Sasidharan, Inspektor Izwan Abdul Rani, Ketua Balai Polis Nabawan, SM Kunsiang Sarabun dan Ketua Balai Polis Tulid Sook, Sarjan Mandawang Simbau.

Terdahulu sebaik tiba di dataran itu, Douglas telah melakukan pemeriksaa­n perbarisan kehormat terdiri anggota- anggota polis pelbagai pangkat.

Ini diikuti dengan nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku seterusnya amanat khas yang disampaika­n oleh Douglas.

Douglas seterusnya menyampaik­an sijilsijil kepada Ketua- ketua Jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n, Pegawaipeg­awai kanan, anggota polis dan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah, badanbadan berkanun, swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) dan wakil- wakil media dan individu.

Lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dan ‘Polis Sedang Berkhidmat’ telah mengakhiri majlis itu.

 ??  ?? (gambar kiri) DOUGLAS bergambar bersama-sama dengan para penerima sijil penghargaa­n selepas majlis itu.
(gambar bawah) YUSOP menerima sijil penghargaa­n dari Douglas. Turut kelihatan ASP Lee Nyuk Kim (kanan).
(gambar kiri) DOUGLAS bergambar bersama-sama dengan para penerima sijil penghargaa­n selepas majlis itu. (gambar bawah) YUSOP menerima sijil penghargaa­n dari Douglas. Turut kelihatan ASP Lee Nyuk Kim (kanan).
 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pegawai kanan polis. Turut kelihatan Pemangku Ketua Polis Daerah, ASP Lee Nyuk Kim (kiri).
DOUGLAS menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pegawai kanan polis. Turut kelihatan Pemangku Ketua Polis Daerah, ASP Lee Nyuk Kim (kiri).
 ??  ??
 ??  ?? PARA pegawai, anggota polis dan kakitangan awam IPD Keningau yang turut menerima sijil penghargaa­n.
PARA pegawai, anggota polis dan kakitangan awam IPD Keningau yang turut menerima sijil penghargaa­n.
 ??  ?? BETTY menerima sijil penghargaa­n dari Douglas.
BETTY menerima sijil penghargaa­n dari Douglas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia