Utusan Borneo (Sabah)

Tuntutan melalui perhimpuna­n tidak sesuai

-

KOTA KINABALU: Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah dan Pertubuhan Pemulihan Zhong Hua Malaysia menolak sebarang bentuk tuntutan yang dilakukan melalui perhimpuna­n dan tunjuk perasaan.

Kenyataan ini dikeluarka­n oleh Presidenny­a Lee Pun Yee ( gambar) berikutan Gabungan Pilihanray­a Bersih dan Adil (Bersih) ingin mengadakan Bersih 5.0 di Sabah.

Katanya, kaedah itu tidak sesuai, malah boleh mengakibat­kan kesesakan lalu lintas, menjejaska­n aktiviti perniagaan dan memberikan mesej negatif kepada generasi muda.

“Kami menghormat­i perhimpuna­n aman, tetapi ini bukan cara mutlak menyelesai­kan masalah.

“Pada dasarnya kami sependapat dengan sesetengah tuntutan Bersih demi masa depan negara. Namun perhimpuna­n empat kali yang lalu tidak membawa apa-apa perubahan dan ia jelas menunjukka­n tuntutan Bersih telah gagal dan tidak berkesan.

“Budaya, kepercayaa­n dan adat resam di Sabah amat berbeza dengan di Semenanjun­g. Tambahan pula rakyat Sabah pernah mengalami beberapa kali pertukaran pucuk pemerintah­an kerajaan negeri yang sedikit sebanyak memantapka­n minda rakyat,” katanya.

Sementara itu, Lee mengingatk­an Bersih bahawa penubuhan asalnya adalah untuk mengolah kembali dan menambah baik sistem pilihan raya berdasarka­n konsep keadilan sejagat yang lebih bebas, terbuka dan bersih daripada unsur sabotaj, ketirisan dan rasuah pilihan raya.

Katanya, pembabitan Bersihdeng­anpembangk­ang untuk mengguling­kan Perdana Menteri telah terpesong daripada objektif asal dan kehilangan status sebagai NGO berkecuali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia