Utusan Borneo (Sabah)

Petronita ceriakan murid Pendidikan Khas SK Pantai

-

LABUAN: Seramai 15 ahli Petronita Wilayah Persekutua­n Labuan telah menjayakan lawatan mesra dan program sukaneka bersama murid- murid Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai di dataran sekolah itu pada 21 September yang lalu.

Menurut Pengerusi Petronita Labuan Puspawati Yusoff, Petronita adalah persatuan bagi isteri dan kakitangan wanita daripada Petronas dan merupakan salah satu kelab yang dibenarkan oleh Petronas untuk mendekati, berkembang secara kolektif serta memupuk budaya penyayang dalam membuat perubahan positif kehidupan orang lain melalui aktiviti kebajikan.

Lawatan mesra dan program sukaneka bagi murid pendidikan khas yang dibuat di SK Pantai bertujuan memupuk semangat kesukanan di kalangan murid bekeperlua­n khas dan dapat memupuk gaya hidup sihat dan kesejahter­aan menerusi sukan.

Sementara itu, lawatan mesra dan sukaneka ini dapat menggalakk­an sokongan dan rangkaian serta memupuk hubungan silaturahi­m di kalangan guru, murid pendidikan khas dengan ahli Petronita.

“Program sebegini akan dapat memupuk budaya penyayang di kalangan murid pendidikan khas dan dapat membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain melalui aktiviti sukan,” katanya.

Selain itu, aktiviti ini dapat menyediaka­n peluang kepada kakitangan wanita dan isteriiste­ri untuk bersama-sama dalam membantu antara satu sama lain, memacu rangkaian dan perpaduan di kalangan murid pendidikan khas.

Semoga dengan aktiviti ini ibu bapa tidak akan berasa bimbang jika mempunyai anak kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

Masyarakat luar pula akan menerima dan menyokong golongan ini sebagai golongan yang istimewa.

Ini terbukti dengan kejayaan atlet OKU Malaysia yang memenangi pingat emas semasa Kejohanan Paralimpik di Rio, Brazil, baru-baru ini.

Puspawati Yusoff mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang turut membantu golongan OKU untuk diberi bantuan dan kemudahan khas dari segi pendidikan sehingga ke peringkat universiti.

“Diharapkan program sebegini akan dijadikan acara tahunan dalam program Petronita. Kami bersyukur kerana PPKI SK Pantai dipilih oleh ahli Petronita dalam acara mereka tahun ini,”kata Puspawati.

Terdapat enam jenis sukaneka yang dipertandi­ngkan semasa program ini dilangsung­kan.

Acara senamrobik dan menyanyi secara solo oleh murid PPKI telah menyerikan lagi suasana di pekarangan Dewan Datuk Isli SK Pantai.

Sementara itu, Pasukan Kuning muncul juara keseluruha­n, kedua Rumah Hijau manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan Biru dan pasukan Merah.

Penolong Kanan PPKI Halifah Salim mengucapka­n terima kasih atas kunjungan ahli Petronita Labuan sekaligus menceriaka­n murid- murid PPKI SK Pantai.

“Kunjungan ahli- ahli Petronita Labuan amat dihargai bukan sahaja untuk mengeratka­n hubungan dengan warga sekolah tetapi yang lebih penting dapat menceriaka­n murid-murid PPKI SK Pantai,” katanya.

 ??  ?? PETRONITA dan guru bersatu tangan dengan murid bagi menunjukka­n semangat kesukanan dan kemenangan.
PETRONITA dan guru bersatu tangan dengan murid bagi menunjukka­n semangat kesukanan dan kemenangan.
 ??  ?? GURU dan murid PPKI bergambar kenangan bersama Puspawati Yusoff (duduk tiga dari kanan) dan Halifah (duduk empat kanan) selepas acara sukaneka berakhir.
GURU dan murid PPKI bergambar kenangan bersama Puspawati Yusoff (duduk tiga dari kanan) dan Halifah (duduk empat kanan) selepas acara sukaneka berakhir.
 ??  ?? ACARA senamrobik bersama Flavia Mannie membuka tirai program sebelum acara sukaneka bermula.
ACARA senamrobik bersama Flavia Mannie membuka tirai program sebelum acara sukaneka bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia