Utusan Borneo (Sabah)

Bagi tangani masalah masyarakat

Pemimpin masyarakat perlu hadiri program kerajaan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta pemimpinpe­mimpin masyarakat di sini agar dapat menghadiri setiap program yang dianjurkan oleh kerajaan dalam usaha menangani pemasalaha­n rakyat di kawasan masing-masing.

Katanya, melalui kehadiran mereka pada programpro­gram itu dapat berkongsi ilmu dan memanfaat kepada diri mereka termasuk juga penduduk- penduduk di bawah jagaan mereka.

“Dengan menghadiri program- program ilmu dapat mematangka­n lagi cara mereka berfikir dalam menangani pemasalaha­n yang berlaku di tempat mereka,” katanya semasa berucap merasmikan program Taklimat Perdana PemimpinPe­mimpin Masyarakat di dewan masyarakat di sini pada Khamis.

Menurut beliau, melalui penyertaan dan penglibata­n mereka dalam programpro­gram yang diadakan mereka juga memahami dengan menjadikan perkongsia­n ilmu itu sebagai panduan dan rujukan dalam pengurusan dan masyarakat di kampung mereka.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta bekas-bekas polis turut membantu dalam segi keselamata­n kampung memandangk­an mereka ini memiliki pengalaman yang luas dalam bidang undangunda­ng.

Beliau juga meminta agar anak-anak bekas polis dapat menyertai pasukan polis dalam usaha menjaga keselamata­n negeri ini dan masyarakat seluruhnya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata soal keselamata­n adalah amat penting terutama sekali kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) dan pencegahan jenayah termasuk dadah di kampungkam­pung.

Dalam hubungan ini, beliau meminta Pengerusip­engerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n ( JKKK) agar dapat mewujudkan Jawatankua­sa Kecil Keselamata­n badan itu.

“Para pemimpin masyarakat termasuk Ketua- Ketua Kampung perlu mengutamak­an soalsoal keselamata­n terhadap masyarakat kampung dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

“Gerakan-gerakan melalui rondaan dalam kampung perlu dilakukan dengan lebih kekerapan untuk mengelakka­n daripada kegiatan- kegiatan jenayah yang melibatkan remaja dan pelajar- pelajar sekolah,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau turut meminta agar pemimpinpe­mimpin masyarakat dapat menggunaka­n dengan bijak aplikasi whatsapp dan facebook dengan tidak mempercaya­i 100 peratus maklumat-maklumat yang belum pasti kesahihann­ya.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an penggunape­ngguna media sosial kerana melalui aplikasi ini juga ramai yang tertipu kerana tertarik dengan tawaran harga barangan yang diiklankan sedangkan ianya tidak wujud.

Pairin juga meminta pemimpin- pemimpin masyarakat agar dapat melibatkan pendudukpe­nduduk kampung dalam industri pelanconga­n yang menguntung­kan.

Katanya, industri ini jika dilakukan dengan serius dapat menyumbang pembanguna­n ekonomi.

“Saya meminta seluruh rakyat daerah ini dapat melibatkan diri secara aktif dalam Tahun Melawat Tambunan 2017 yang dapat mendorong mereka meningkatk­an produktivi­ti dengan menggunaka­n kecekapan dan kebijaksan­aan dalam menjana pendapatan,” katanya.

Pairin berkata, dalam usaha membangunk­an daerah ini terutama sekali ekonomi, penduduk perlu memikirkan cara terbaik agar daerah ini menjadi tumpuan dan tarikan pelancong untuk datang.

Menurut beliau, pada masa ini, orang ramai lebih gemar menggunaka­n laluan Kimanis ke Kota Kinabalu dan bagi menggalakk­an orang ramai menggunaka­n laluan Tambunan ke Kota Kinabalu, perlu ada satu tarikan yang dapat menarik orang ramai datang ke daerah ini.

“Saya meminta rakyat di kawasan ini dapat memperbany­akkan lagi program-program menarik sebagai strategi untuk menarik pelancong luar dan dalam negeri datang ke daerah ini.

“Gunung Kinabalu dan Trusmadi boleh menjadi tarikan pelancong selain kepelbagai­an kesenian dan kebudayan yang terdapat di daerah ini.

“Saya percaya dengan adanya perancanga­n yang proaktif, industri ini boleh meningkatk­an hasil produktivi­ti kita termasuk sektor-sektor lain,” katanya.

Lebih 300 pemimpinpe­mimpin masyarakat termasuk Pegawai Daerah Thomas Lojigin, mantan Ketua Polis Daerah Superinten­den Douglas Nyeging Taong, Setiausaha PolitikMen­teriPemban­gunan Infrastruk­tur Stanis Buandi, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Selverius Bruno, Ketua Daerah OKK Philip Datuk Kitingan, Penolong Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani, Ketua PBRS Tambunan Cyril Yansalang, Ketua Balai Polis Tambunan Inspektor Murad Mohd Yatim, ketuaketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n hadir pada program itu.

 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin. Turut kelihatan dari kanan: Philip, Thomas, Silverius, Cyril dan Murad.
DOUGLAS menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin. Turut kelihatan dari kanan: Philip, Thomas, Silverius, Cyril dan Murad.
 ??  ?? DOUGLAS memotong kek perpisahan yang diberikan oleh masyarakat Tambunan. Turut kelihatan dari kanan: Pairin, Cyril, Thomas, Silverius dan Murad.
DOUGLAS memotong kek perpisahan yang diberikan oleh masyarakat Tambunan. Turut kelihatan dari kanan: Pairin, Cyril, Thomas, Silverius dan Murad.
 ??  ?? DOUGLAS menyerahka­n cenderaken­angan kepada Thomas.
DOUGLAS menyerahka­n cenderaken­angan kepada Thomas.
 ??  ?? PAIRIN menyerahka­n cenderaken­angan kepada Douglas yang akan bertukar ke IPD Kudat. Turut kelihatan Thomas (tengah).
PAIRIN menyerahka­n cenderaken­angan kepada Douglas yang akan bertukar ke IPD Kudat. Turut kelihatan Thomas (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia