Utusan Borneo (Sabah)

KRT Kampung Banjar terus aktif

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KOTA KINABALU: Kibaran Jalur Gemilang dan semangat patriotism­e di kalangan ahli jawatankua­sa Rukun Tetangga KRT Banjar ini membawa kepada satu evolusi baru dalam meraikan bulan kemerdekaa­n.

Dengan sokongan penuh dan kerjasama yang semakin erat antara Rukun Tetangga Kg. Banjar dan SK Banjar, Keningau memberikan impak yang positif dalam meraikan kepelbagai­an masyarakat setempat.

Menurut Pengerusi RT Banjar, Puan Hasnah Atu, program Sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2016 ini telah berlangsun­g sejak dari awal bulan lagi dengan pelbagai acara yang disediakan untuk masyarakat setempat.

Antara acara yang dilaksanak­an ialah pertanding­an pakaian beragam, pertanding­an mencipta arca, pertanding­an mewarna tahap 1 dan 2, pertanding­an basikal berhias, dan lain-lain acara.

Sebagai tambahan untuk penyeri majlis, pihak penganjur juga turut menyediaka­n pertanding­an karaoke lagu-lagu patriotik dan deklamasi sajak.

Untuk menghargai jasa dan pengorbana­n warga emas, pihak penganjur turut menyampaia­n sumbangan ikhlas kepada golongan ini.

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2016 ini dirasmikan oleh Puan Jessica Basat, Ketua Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan Negeri Sabah mewakili Pengarah Jpnin Negeri Sabah.

Turut hadir bersama beliau, Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Atas, John Aping dan Pengerusi KRT Kampung Banjar, Puan Hasnah Atu. Secara keseluruha­nnya, majlis berlangsun­g dengan jayanya.

 ??  ?? (Gambar kiri) UPACARA simbolik perasmian memotong kek bersama warga emas.
(Gambar kiri) UPACARA simbolik perasmian memotong kek bersama warga emas.
 ??  ?? NYANYIAN finale lagu Sehati Sejiwa.
NYANYIAN finale lagu Sehati Sejiwa.
 ??  ?? (Gambar atas) PENYAMPAIA­N hadiah pemenang pertanding­an mencipta arca.
(Gambar atas) PENYAMPAIA­N hadiah pemenang pertanding­an mencipta arca.
 ??  ?? JOHN menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
JOHN menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
 ??  ?? ANTARA pemenang pertanding­an pakaian beragam kategori pra sekolah.
ANTARA pemenang pertanding­an pakaian beragam kategori pra sekolah.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N hadiah pemenang pakaian beragam kategori pra sekolah.
PENYAMPAIA­N hadiah pemenang pakaian beragam kategori pra sekolah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia