Utusan Borneo (Sabah)

KRT Gadong adakan Konvoi Raun-Raun Rumo KRT Merdeka 2016

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

BEAUFORT: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Gadong mengadakan Program Konvoi Bermotosik­al Merdeka 2016 yang menjelajah ke empat KRT yang berhampira­n dengan slogan berbahasa Bisaya ‘Konvoi Raun-Raun Rumo KRT Merdeka 2016’.

Program ini melibatkan seramai 40 orang dengan 33 buah motosikal yang terdiri daripada Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (AJKRT) dan Ahli Rukun Tetangga (RT) Kampung Gadong.

Menurut Pengerusi KRT Kampung Gadong, Md. Roslan bin Haji Suhailin, program ini adalah merupakan program julungjulu­ng kali diadakan.

Program ini khas diadakan dengan slogan berbahasa Bisaya yang bermaksud ‘Konvoi Jelajah Sahabat KRT Merdeka 2016’ sebagai satu simbolik bahawa suku kaum Bisaya yang juga salah satu suku kaum di daerah Beaufort, juga turut bersama-sama menghargai serta mencintai kemerdekaa­n yang dikecapi selama 59 tahun.

Program ini disertai dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah, Marhadi bin M. Ardin. Marhadi.

Beliau berkata bahawa usaha KRT Kampung Gadong mengadakan konvoi ini adalah satu usaha murni yang wajar dicontohi oleh KRT-KRT yang lain.

Ini kerana dengan adanya konvoi seperti ini, KRT bukan sahaja dapat lebih mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan perpaduan diantara satu dengan yang lain, tetapi turut dapat saling mengukuhka­n semangat patriotism­a dan cintakan kemerdekaa­n dikalangan KRT yang terlibat.

Masyarakat yang melihat perjalanan konvoi ini juga akan terkesan dan tersemat dihati mereka tentang betapa besarnya erti kemerdekaa­n.

Marhadi turut berharap program konvoi ini akan dapat dijadikan sebagai acara tahunan KRT kg. Gadong dan dapat disertai oleh lebih banyak KRT yang berhampira­n.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi ini dimulakan dengan acara memasang Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada 20 kereta yang melalui yang melalui KRT Kg. Gadong.

Selepas itu, konvoi bermotosik­al memulakan konvoi dengan menjelajah ke KRT Kg. Garama yang disambut oleh Pengerusi KRT Kg. Garama Abdullah Kimlinbers­amaAJKRTKg. Garama, konvoi kemudian diteruskan ke KRT Kg. Bangkalala­k yang disambut oleh Pengerusi KRT Kg. Bangkalala­k, Tuan Imam Gapar Jadin bersama AJKRT Kg. Garama.

Destinasi ketiga konvoi bermotosik­al ialah di KRT Kg. Padas Damit, yang disambut oleh Pengerusi KRT Kg. Padas Damit, Mat Silin bin Matni bersama AJKRT Kampung Padas Damit. Rombongan konvoi disambut di destinasi akhir di KRT Kg. Bintuka, Pengerusi KRT Kg. Bintuka, Ali Jati Amit dan AJKRT Kg. Bintuka.-

 ??  ?? MARHADI (tengah kiri) dan Md. Roslan (tengah kanan) bersama rombongan ‘Konvoi Raun-Raun Rumo’.
MARHADI (tengah kiri) dan Md. Roslan (tengah kanan) bersama rombongan ‘Konvoi Raun-Raun Rumo’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia