Utusan Borneo (Sabah)

KRT Radtak adakan Karnival Sukan selama sebulan

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

MATUNGGONG: Seramai 200 orang peserta terdiri daripada penduduk dan ahli KRT Kampung Radtak terlibat dalam Karnival Sukan KRT Kampung Radtak dari 06 Ogos 2016 hingga 11 September 2016.

Acara sukan yang dipertandi­ngkan ialah bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan badminton.

Acara sukan yang pertama ialah pertanding­an sepak takraw yang diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2016.

Acara ini melibatkan sebanyak 38 orang peserta. Acara kedua ialah pertanding­an bola sepak telah diadakan pada 13 dan 14 ogos 2016 yang melibatkan beberapa pasukan termasuk daripada kampung yang berdekatan dan seramai 60 orang peserta menyertai acara berkenaan.

Acara ketiga ialah pertanding­an bola tampar yang telah diadakan pada 20 dan 21 Ogos 2016 dan seramai 53 orang peserta menyertai acara tersebut. Acara terakhir pertanding­an badminton diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016.

Kemuncak Karnival Sukan KRT Kampung Radtak diadakan pada 11 September 2016 dimana pada hari itu diadakan pertanding­an akhir badminton kategori beregu campuran.

Hadir pada hari berkenaan ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Matunggong, Mohd Nasir Adli Zainuddin dan, Pengerusi KRT Kampung Radtak, Deshen Ungkoput.

Selepas pertanding­an akhir badminton, majlis perasmian penutupan Karnival Sukan KRT Kampung Radtak diadakan beserta dengan penyampaia­n hadiah kepada pemenang pertanding­an sukan

Pengerusi KRT Kampung Radtak, Deshen Ungkoput memberitah­u karnival itu dilaksanak­an setiap tahun dan ini dilaksanak­an bersama- sama Persatuan Belia Kampung Radtak dan berjaya mendapat sambutan yang menggalakk­an.

Dalam ucapannya, Nasir Adli amat berharap aktiviti sukan ini bukan sahaja akan dipertandi­ngkan malahan dapat diadakan secara tetap supaya masa yang terluang dapat di isi sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah.

Beliau juga berharap walaupun KRT ini masih baru tetapi pelbagai aktiviti dapat dilaksanak­an seterusnya dapat menjadi contoh kepada KRT lain. Akhir kata beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua pemenang pertanding­an sukan yang diadakan.

 ??  ?? PEMENANG bergambar bersama Mohd Nasir Adli, Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong dan Deshen Ungkoput, Pengerusi KRT Kampung Radtak.
PEMENANG bergambar bersama Mohd Nasir Adli, Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong dan Deshen Ungkoput, Pengerusi KRT Kampung Radtak.
 ??  ?? WAKIL peserta menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohd Nasir Adli, Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong sambil disaksikan oleh Deshen Ungkoput, Pengerusi KRT Kg Radtak.
WAKIL peserta menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohd Nasir Adli, Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong sambil disaksikan oleh Deshen Ungkoput, Pengerusi KRT Kg Radtak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia