Utusan Borneo (Sabah)

200 ahli dari 15 KRT sertai Konvoi Merdeka Membakut

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

MEMBAKUT: Kira-kira 200 orang ahli Rukun Tetangga (RT) daripada 15 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Membakut melibatkan 66 buah motosikal dan 25 buah kereta menyertai program Konvoi Merdeka Perpaduan 2016, KRT Daerah Membakut.

Konvoi ini dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah dengan kerjasama Jawatankua­sa Penyelaras Rukun Tetangga (JKPRT) daerah Membakut dan diketuai oleh Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah Encik Marhadi bin M. Ardin bersama dengan Pegawai Perpaduan Daerah Membakut/ Kuala Penyu, Awang Anak Haji Ab. Sani.

Marhadi dalam ucapannya, berkata bahawa konvoi ini diadakan bagi menyuntik dan menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n, patriotism­a dan cintakan tanah air di hati seluruh masyarakat di daerah Kuala Penyu di samping mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan perpaduan di kalangan ahliahli KRT seluruh daerah Kuala Penyu.

Program konvoi ini sebelumnya turut sama memeriahka­n Sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat Daerah Kecil Membakut, Tahun 2016, dengan mengiringi Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Haji Mohd Ariffinbin Mohd. Arif bermula daripada Kg. Sungai Damit menuju Ke tapak sambutan program di Dataran Kedai Membakut.

Selesai Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat Daerah Kecil Membakut, Tahun 2016, rombongan konvoi ini dilepaskan serta dilancarka­n oleh Datuk Haji Mohd Ariffin bin Mohd Arif dan seterusnya menjelajah keseluruh 15 KRT yang bermula daripada KRT Kampun Pimping, KRT Binsulok, KRT Saga-Saga, KRT Kampung Brunei 1, KRT Kampung Brunei 2, KRT Limadang, KRT Seri Bawan, KRT Penopok, KRT Paung Maragang, KRT Kampung Bambangan 1, KRT . Bambangan 2, KRT Pekan Membakut, KRT Mawao, KRT . Tiong Baru dan berakhir di KRT Lumat.

Antara pengisian bersama dengan program konvoi ini ialah Penyerahan Jalur Gemilang di setiap KRT yang disinggahi, upacara menaikkan bendera serta nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku dan penyampaia­n sijil penyertaan konvoi dan cabutan tiket bertuah.

Konvoi ini turut disertai oleh Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Rukun Tetangga Daerah Membakut, Haji Latif Osman dan seluruh Pengerusi KRT Daerah Membakut.

 ??  ?? ARIFFIN (lima dari kiri) bersama Marhadi (empat dari kiri) dan Awang Anak (enam dari kiri) bergambar bersama semasa Pelancaran Konvoi Merdeka Perpaduan 2016.
ARIFFIN (lima dari kiri) bersama Marhadi (empat dari kiri) dan Awang Anak (enam dari kiri) bergambar bersama semasa Pelancaran Konvoi Merdeka Perpaduan 2016.
 ??  ?? MARHADI (enam dari kiri) dan Awang Anak (empat dari kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada pengerusi KRT Kg. Seri Bawan di salah satu destinasi Konvoi Merdeka Perpaduan 2016.
MARHADI (enam dari kiri) dan Awang Anak (empat dari kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada pengerusi KRT Kg. Seri Bawan di salah satu destinasi Konvoi Merdeka Perpaduan 2016.
 ??  ?? MARHADI (tengah kanan) dan Awang Anak (tengah kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pengerusi KRT Kg. Paung Maragang di salah satu destinasi Konvoi Merdeka Perpaduan 2016.
MARHADI (tengah kanan) dan Awang Anak (tengah kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pengerusi KRT Kg. Paung Maragang di salah satu destinasi Konvoi Merdeka Perpaduan 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia