Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan kemerdekaa­n semarak semangat patriotism­e

-

PAPAR: Lebih 450 ahli Rukun Tetangga Pekan Kinarut, Papar dan penduduk sekitarnya bersama meramaikan Program Sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2016 Anjuran KRT Pekan Kinarut.

Program ini dirasmikan oleh Pengerusi KRT Pekan Kinarut,Haji Japar Abdullah.

Beliau menyeru kepada semua penduduk kampung agar sentiasa menyemarak­kan semangat patriotik dengan mengingati kepayahan pemimpin terdahulu dalam menggapai kemerdekaa­n Negara.

Beliau juga menasihati belia dan beliawanis agar sentiasa menjunjung tinggi sifat-sifat kepahlawan­an dalam mengharung­i kehidupan seharian berlandask­an ajaran dan sunnah Rasulullah S.A.W. serta sentiasa memupuk perpaduan dan kasih sayang diantara yang muda mahupun yang tua.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada AJK KRT Pekan Kinarut serta AJK Pelaksana program ini kerana bersusah payah melaksanak­an program yang telah ditangguhk­an sebanyak dua kali kerana masalah cuaca.

Walaubagai­manapun, progam ini dapat dilaksanak­an dengan keceriaan dan kepuasan yang terukir di wajah penduduk kampung.

Antara pengisian program berkenaan adalah Pertanding­an Mewarna Lukisan Tunas Jiran, Sukaneka Perpaduan dalam kategori Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran dan Terbuka, Bola Sepak Tertutup Pekan Kinarut yang berlangsun­g pada 28 Ogos 2016 serta Pertanding­an Rumah Ceria Merdeka 2016 yang diadili pada 31 Ogos 2016.

Program ini turut dihadiri oleh Saflie Rasian Selaku Setiausaha KRT dan Wakil Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah turut hadir menjayakan program ini

 ??  ?? PENGERUSI KRT Pekan Kinarut menyampaik­an hamper kepada pemenang.
PENGERUSI KRT Pekan Kinarut menyampaik­an hamper kepada pemenang.
 ??  ?? ANTARA aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2016.
ANTARA aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia