Utusan Borneo (Sabah)

Perlu strategi pembanguna­n mapan

Untuk hadapi cabaran ekonomi Sabah kini

-

KOTA KINABALU: Usaha menangani isu dan cabaran dalam pembanguna­n ekonomi negeri Sabah perlulah dipantau dan ditambahba­ik secara berterusan di samping usaha penyelidik­an oleh institusi- institusi akademik dan institusii­nstitusi penyelidik­an negeri dalam pelbagai aspek pembanguna­n.

Di mana institusi-institusi ini mampu menjadi pusat rujukan dan pangkalan data dalam usaha merangka pelan dan strategi pembanguna­n negeri Sabah.

Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Sabah(Sedco) Dato Sri Nasir Tun Sakaranber­kata, kekangan data dalam pelbagai aspek ekonomi menyukarka­n pembuat dasar merangka dasar dan strategi pembanguna­n menyeluruh selain menilai keberkesan­an projek- projek yang telah dilaksanak­an.

Oleh itu katanya, usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke arah penubuhan Pusat Penyelidik­an Ekonomi adalah tepat pada masanya ketika kita terus berhadapan dengan isu dan cabaran ekonomi semasa.

Nasir berkata demikian ketika menyampaik­an ucap utama ‘Ekonomi Sabah:Isu & Cabaran’ sempena seminar pertama Ekonomi Semasa 2016 di UMS dekat sini.

Seminar dua hari bermula 21- 22 September yang bertema ‘ Sabah Economy: Current Challenges and Future Direction’ itu anjuran bersama Fakulti Perniagaan,Ekonomi dan Perakunan UMS dengan Sabah Economic Developmen­t Investment Authority (Sedia) & Institute for Developmen­t Studies Sabah(IDS).

Hadirsama ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar ( HEP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakunan ( FPEP) UMS Dr.Kamisan @ Arif Pusiran, Felo Utama Lestari UKM Profesor Emeritus Chamhuri Siwar, Penasihat Seminar Prof. Datuk Dr. Kasim Hj.Md. Mansur dan Pengerusi Seminar Dr. Sarma Hj. Mohd Imran Aralas.

Nasir berkata, usaha ke arah isu dan cabaran kepada ekonomi negeri Sabah adalah satu usaha yang berterusan dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi dan badan kerajaan, swasta, institusi pendidikan tinggi serta lapisan masyarakat yang pelbagai.

Katanya, di sebalik cabaran yang dihadapi kita harus terus berpandang­an positif dan mengambil peluang untuk melakukan pembaharua­n dan merealisas­ikan transforma­si struktur ekonomi Sabah yang dihasratka­n.

Sehubungan itu Nasir menjelaska­n, secara umumnya Sedco memainkan peranan dalam membangunk­an sosioekono­mi negeri Sabah dalam usaha merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara bandar dan luar bandar terutama sekali menggalakk­an penyertaan bumiputera di dalam bidang perdaganga­n dan industri.

Katanya, Sedco juga berusaha membangunk­an purata empat projek ekonomi setiap tahun bagi menyediaka­n premis dan ruang niaga kepada usahawan bumiputera disamping memberi latihan kemahiran dalam perniagaan dan pembanguna­n keusahawan­an serta memainkan peranan penting dalam mempromosi imej perniagaan negeri Sabah sebagai pusat perniagaan yang kondusif dan menarik.

 ??  ?? NASIR (dua kiri) mendengar berbincang sesuatu dengan Dr.Kamisan@Arif Pusiran(kanan) sambil diperhatik­an Prof.Datuk Dr.Kassim (kiri) dan Jakaria Dasan(dua kanan) selepas majlis itu.
NASIR (dua kiri) mendengar berbincang sesuatu dengan Dr.Kamisan@Arif Pusiran(kanan) sambil diperhatik­an Prof.Datuk Dr.Kassim (kiri) dan Jakaria Dasan(dua kanan) selepas majlis itu.
 ??  ?? NASIR (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Dr.Kasim Mansur (kanan).
NASIR (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Dr.Kasim Mansur (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia