Utusan Borneo (Sabah)

KKLW komited lahirkan lebih ramai usahawan Orang Asli

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SEREMBAN: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli ( Jakoa) dijangka akan melahirkan sebanyak 600 orang usahawan dalam kalangan masyarakat Orang Asli sepanjang lima tahun Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11) dengan peruntukan sejumlah RM20 juta oleh kerajaan.

Menterinya, DatukSeriI­smail Sabri Yaakob berkata, untuk tujuan itu, pihak kementeria­n memperuntu­kkan sebanyak RM4 juta bagi membantu melahirkan usahawanus­ahawan Orang Asli pada tahun ini melalui bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus serta seminar keusahawan­an.

Menurutnya, setakat September tahun ini, seramai 48 usahawan Orang Asli telah berjaya dilahirkan dengan 15 orang daripada bergiat dalam bidang peruncitan, 21 orang dalam bidang perkhidmat­an, 10 orang dalam bidang pertanian manakala dua lagi dalam bidang pembuatan.

“Dalam RMK- 10 yang berakhir pada 2015, seramai 534 usahawan Orang Asli berjaya dilahirkan. Daripada jumlah tersebut, seramai 249 usahawan adalah dalam bidang peruncitan, 182 lagi dalam bidang perkhidmat­an dan 103 orang dalam bidang pertanian.

“Usaha melahirkan usahawan dalam kalangan Orang Asli bukanlah satu tugas mudah. Inilah peranan yang dimainkan KKLW dan Jakoa untuk melaksanak­an program serta kursus keusahawan­an bagi membimbing usahawan Orang Asli ini.

“Selain bantuan KKLW dan Jakoa, usahawan Orang Asli juga menerima bantuan daripada agensi kerajaan lain seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Langkah ini menunjukka­n kerajaan amat serius dalam melaksanak­an transforma­si terhadap masyarakat Orang Asli dengan mengambil kira aspek-aspek sosial mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan sempena Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) 2016 di Seremban Prima di sini semalam.

KUOA akan berlangsun­g selama empat hari bermula pada 22 hingga 25 September ini. Ia antara lain bermatlama­t menjadi platform selain memberi pendedahan serta peluang untuk usahawan Orang Asli mempromosi­kan produk mereka secara lebih meluas.

 ??  ?? ISMAIL Sabri (tiga dari kiri) merasmikan Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) yang bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.
ISMAIL Sabri (tiga dari kiri) merasmikan Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) yang bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia