Utusan Borneo (Sabah)

Pewujudan bilik darjah abad ke-21 banyak membantu

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Pewujudan bilik darjah abad ke- 21 yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia KPM di negeri ini banyak membantu dalam memperkasa­kan dan mentransfo­rmasikan mutu penyampaia­n pembelajar­an di setiap sekolah yang telah mewujudkan kelas berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah JPNS Hajjah Maimunah Haji Suhaibul berkata, ia merupakan pendekatan terbaik KPM untuk mewujudkan suasana pembelajar­an yang kondusif, kreatif dan berinovasi kepada para pelajar mengikut peredaran masa ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian kelas abad 21 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Yuk Yin di sini kelmarin.

Tambah beliau, mewujudkan bilik darjah abad ke- 21 perlulah dipelbagai­kan dalam menarik minta para pelajar untuk belajar lebih bersungguh­sungguh selain membentuk pelajar yang berilmu, dinamik dan berdisipli­n malah dipihak jabatan sentiasa membantu dari segala aspek berkaitan.

Sebagai contoh katanya, usaha pihak Lembaga Pengurusan Sekolah Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG) di SJKC SK Yuk Yin yang sendiri telah mengeluark­an kos melebihi RM100,000 bagi mewujudkan dua bilik darjah abad ke-21 dengan menyediaka­n sebanyak 80 biji telefonpin­tarbersert­adengan kelengkapa­n berkaitan perlu di contohi oleh sekolah yang belum mempunyai kelas sedemikian.

“Untuk melahirkan pelajar abad ke 21 yang celik dari segala- galanya tidak kira teknologi maklumat mahupun akademik warga pendidik perlu berubah,” tegasnya.

Katanya, guru perlu menguasai subjek yang diajar, mahir dan berketramp­ilan dalam pedagogi iaitu memahami perkembang­an murid-murid dan psikologi pembelajar­an iaitu berteraska­n kognitif dan psikologi iaitu menggunaka­n teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajar­an.

Justeru itu katanya, dengan anjakan tersebut warga pendidik mampu melahirkan pelajar abad ke 21 yang bukan sahaja celik teknologi maklumat bahkan bijak menyoal guru ketika dalam sesi pembelajar­an.

Dalam pada itu juga, Hajjah Maimunah turut memuji usaha warga pendidik, PIBG dan masyarakat setempat di pedalaman ini yang telah berusaha mengumpul dana melebihi RM30,000 bagi membantu meringanka­n beban sebuah keluarga yang ditimpa musibah dengan kehilangan dua orang anaknya yang rentung dalam satu kejadian kebakaran di Keningau baru-baru ini.

“Peranan semua pihak terutamany­a PIBG dalam melakukan ibadah amal melalui program tanggungja­wab sosial CSR amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahi­m semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa,”katanya.

Berucap pada majlis sama, Guru Besar SJKC Yuk Yin Tham Sat Yang berkata, ketika ini 40 biji telefon pintar telah digunakan di bilik darjah tahun lima dan 40 biji telefon pintar lagi akan ditentukan nanti.

Tambahnya lagi, program mengwujudk­an bilik darjah abad ke 21 adalah untuk memenuhi anjakan ke7 Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memanfaatk­an ICT bagi meningkatk­an kualiti pembelajar­an.

Hadir sama, Pengarah Kolej Vokasional Keningau Johari Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Keningau dan Tenom Masly Wahip dan Ridhuan Yusof,Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Yuk Yin dan Kapitan Liew Ket Lim dan Penasihat Sekolah Penyayang Kebangsaan Datuk Yap Yun Fook,Yang Dipertua PIBG SJKC Yuk Yin Misha Ho, Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Keningau Raymond Koh dan Penyelia unit sekolah cina Chai Ket Min.

 ??  ?? MAIMUNAH bertanyaka­n sesuatu kepada pelajar semasa melakukan lawatan di bilik darjah abad ke-21.
MAIMUNAH bertanyaka­n sesuatu kepada pelajar semasa melakukan lawatan di bilik darjah abad ke-21.
 ??  ?? KAPITAN Liew menyampaik­an cenderaken­angan kepada maimunah.
KAPITAN Liew menyampaik­an cenderaken­angan kepada maimunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia