Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat peluang perniagaan atas talian

Saranan kepada usahawan muda luar bandar

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Usahawan muda luar bandar perlu memanfaatk­an perniagaan secara atas talian agar dapat tampil memberi persaingan di peringkat global.

Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata mereka tidak perlu pasif pada trend perniagaan ini kerana banyak manfaat yang menguntung­kan peniaga khususnya di luar bandar.

“Perniagaan secara atas talian perlu dipraktikk­an peniaga di luar bandar dengan menjual pelbagai produk kampung kerana pelanggan tersedia di seluruh pelusuk dunia.”

“Yang penting adalah peniaga perlu berani meneroka pasaran atas talian di samping tetap mengamalka­n sifat amanah dan jujur kerana sifat inilah yang penting dalam memajukan perniagaan,” katanya.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Basic Online Marketing eUsahawan anjuran MDEC di Ballroom Saujana Putra, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, kerajaan melalui pelbagai agensi dan syarikat miliknya telah banyak menganjurk­an program yang bertujuan membantu usahawan luar bandar untuk keluar dari tampuk urusniaga tradisi.

Katanya, Perbadanan Pembanguna­n Multimedia ( MDeC) yang merupakan syarikat milik kerajaan turut turun padang mengadakan bengkel perniagaan online agar sasaran usahawan luar bandar dapat menjana pendapatan.

“Saya ingin berpesan agar usahawan muda terutama yang masih tersepit dengan keinginan berniaga, janganlah jadikan keadaan ekonomi yang tidak menggalakk­an yang kita lalui kini sebagai halangan.”

“Beranikan diri dan berusaha segigihnya dengan mencuba dunia perniagaan secara atas talian kerana kita tidak kekal berada dalam keadaan ekonomi tidak baik sedangkan peluang, ruang dan pelanggan sudah tersedia menanti produk perniagaan anda,” katanya.

Serama 112 peserta mengikuti bengkel tersebut yang mendedahka­n konsep perniagaan digital dan penggunaan media sosial untuk pemasaran produk.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdulla­h, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Lahad Datu Ir Rajesh Yusof dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Lahad Datu Amat Kawoh.

 ??  ?? YUSOF menerima cenderamat­a daripada penganjur.
YUSOF menerima cenderamat­a daripada penganjur.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bengkel mengabadik­an gambar kenangan bersama Yusof.
SEBAHAGIAN peserta bengkel mengabadik­an gambar kenangan bersama Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia