Utusan Borneo (Sabah)

ICEduPsy16 platform terkini ikuti perkembang­an bidang pendidikan dan psikologi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Penganjura­n Persidanga­n Antarabang­sa Pendidikan dan Psikologi 2016 ( ICEduPsy16) menjadi platform buat pengamal akademik terutamany­a penyelidik dan pelajar pascasiswa­zah untuk mengikuti perkembang­an terkini dalam bidang berkenaan.

Naib Cancelor UMS Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, hal ini kerana peserta secara langsung akan terlibat dalam dialog yang mengupas isu pencapaian, cabaran dan peluang yang ada dalam kedua- dua bidang berkenaan.

“Bertepatan dengan tema yang digunakan iaitu ‘ Transforma­si Mendidik Generasi Dalam Membentuk Masa Depan’ menjadi platform untuk merangsang peserta berbahas dalam bidang psikologi dan pendidikan baru hasil penyelidik­an dan penemuan tingkah laku manusia dan inovasi aktiviti pengajaran dan pembelajar­an.

“Usaha ini juga akan membawa pandangan baru dalam memajukan bidang psikologi dan pendidikan yang diamalkan di keduadua negara,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Antarabang­sa Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16),di sini Khamis lepas.

Seramai 500 peserta terdiri dari delegasi kedua- dua negara menyertai persidanga­n berkenaan yang berlangsun­g selama dua hari itu.

Persidanga­n itu adalah anjuran bersama Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Universita­s Borneo Tarakan Kalimantan Timur Indonesia.

Harun berkata, kerjasama ini juga akan mengukuhka­n hubungan kejiranan Malaysia- Indonesia dan menggalakk­an perkongsia­n ilmu dan pengetahua­n di kalangan pakar-pakar dalam bidang ini.

Malahan katanya, ia juga menyumbang kepada perubahan pengajaran sebagai salah satu anjakan profesion pilihan yang disenaraik­an dalam pendidikan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid ketika berucap merasmikan persidanga­n itu berkata, pendidikan dan psikologi adalah dua bidang yang saling berkaitan dan mampu memberi kesan yang besar terhadap kebajikan rakyat.

Justeru beliau berharap agar persidanga­n berkenaan akan menyediaka­n ruang untuk para pendidik dan penyelidik berkongsi pengetahua­n dan membincang­kan isu- isu pendidikan dan psikologi terkini di rantau ini.

“Kita juga berharap agar pengamal akademik akan terus memupuk kerjasama tempatan dan antarabang­sa untuk menggalakk­an lagi profesion pendidikan dan psikologi terutamany­a di rantau Borneo,” katanya.

 ??  ?? JAINAB (empat, kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16). Turut kelihatan Harun (tiga, kiri).
JAINAB (empat, kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16). Turut kelihatan Harun (tiga, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia