Utusan Borneo (Sabah)

‘Geng Honda’ berjaya ditumpas

Lapan dalang curi motosikal ditahan dalam tiga serbuan di Miri

-

MIRI: Polis percaya dapat menyelesai­kan sekurangku­rangnya 21 kes curi motosikal didalangi sebuah kumpulan dikenali sebagai ‘ Geng Honda’ yang dipercayai aktif sejak 2015 dengan penahanan lapan lelaki bersama lapan motosikal dalam tiga serbuan berasingan di sini sejak seminggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu menggunaka­n warga asing sebagai orang tengah untuk urusan jual beli motosikal curi sebelum dihantar ke kawasan ladang di Kuala Baram.

Jelasnya, semua suspek ditangkap berusia antara 24 hingga 50 tahun.

“Tiga daripada mereka merupakan warga tempatan dan lima lagi warga negara Indonesia. Suspek masingmasi­ng disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Terdahulu kata Stanley, pada jam 6.30 petang, 15 September lalu, sepasukan polis Unit Ronda Bermotosik­al (URB) melakukan tugas rondaan menahan sebuah motosikal dengan nombor pendaftara­n mencurigak­an dinaiki dua lelaki yang enggan berhenti untuk pemeriksaa­n.

Semasa berhenti di lampu isyarat merah di jalan utama menghala ke Lutong, polis berjaya menahan penunggang motosikal terbabit manakala pembonceng­nya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampira­n dan gagal dikesan.

“Semakan melalui sistem Kompol PDRM, mendapati motosikal ditunggang suspek dilapor hilang pada 29 Jun tahun ini. Berikutan itu, lelaki terbabit ditangkap dan motosikaln­ya dirampas untuk dijadikan barang kes,” katanya.

Susulan tangkapan dan rampasan itu, pada jam 6.40 petang, 17 September lalu, sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pusat Miri diketuai Inspektor Nasrul Hadi Jahat membuat serbuan Op Lejang/ Op Kesan di Kampung Pulau Melayu di sini berjaya menangkap dua rakan suspek masing-masing berusia 24 dan 48 tahun.

Menurut Stanley, semasa tangkapan kedua-dua suspek, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 dilapor hilang pada 11 September lalu, sebatang alat T-Key buatan sendiri warna perak dan sebuah beg berzip mengandung­i perkakas curi kenderaan.

“Hasil siasatan awal dijalankan mendedahka­n penglibata­n seorang lelaki warga asing bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Baram yang menjadi orang tengah membeli motosikal curi untuk dihantar ke ladang di sekitar kawasan Kuala Baram,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, bertindak atas maklumat diterima, pada 21 September lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri diketuai ASP Dorairajah Vanalthan telah membuat serbuan ke sebuah rumah pekerja ladang sawit di Kuala Baram.

Dalam serbuan empat jam itu bermula dari jam 3 hingga 7 pagi, polis berjaya menangkap lima lelaki warga Indonesia berusia antara 25 hingga 50 tahun dan merampas enam motosikal dilaporkan hilang di Miri.

Semua tangkapan dan rampasan bernilai RM22,500 dibawa balik ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara dalam satu kes berasingan katanya, pada jam 3.35 petang, 11 September lalu, polis turut menangkap dua lelaki berusia 39 dan 29 tahun dan merampas sebuah motosikal jenis SMY 110SR dan satu set anak kunci motosikal serta sebiji topi keledar hasil serbuan di sebuah rumah di Tudan Fasa 6 di sini.

Hasil semakan mendapati motosikal itu telah dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 10 September lalu.

Kedua-dua suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

 ??  ?? STANLEY (tiga kanan) bersama barisan pegawai kanannya menunjukka­n motosikal yang dirampas.
STANLEY (tiga kanan) bersama barisan pegawai kanannya menunjukka­n motosikal yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia