Utusan Borneo (Sabah)

S’wak tidak akan ikut langkah benar pemaju perumahan beri pinjaman kepada pembeli rumah

-

KUCHING: Kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membenarka­n pemaju perumahan memberi pinjaman kepada pembeli rumah di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi pada sidang media di Pejabat Lembaga Pembanguna­n dan LindunganT­anah(PELITA), Tingkat 12, Wisma Satok di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan mengikuti langkah tersebut dengan mengambil kira risiko kewangan yang akan dihadapi pemaju kerana skim yang dicadangka­n itu tidak mampan dalam jangka masa panjang.

“Saya agak terkejut dengan cadangan pihak kementeria­n di peringkat pusat untuk membenarka­n pemaju memberi pinjaman kepada pembeli dan sebagai menteri yang bertanggun­gjawab saya akan memastikan cadangan ini tidak dilaksanak­an di negeri ini.

“Jika cadangan ini dilaksanak­an, ia bukan sahaja akan membebanka­n pemaju dalam jangka masa panjang malah rakyat terutama pembeli rumah akan hidup dibebani dengan hutang selamanya,” ujarnya.

Tambah Abang Johari, bagi menangani masalah kewangan yang menjejaska­n pembeli rumah, kerajaan negeri mempunyai pendekatan sendiri dengan menubuhkan Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd bagi menyediaka­n pinjaman kepada golongan berpendapa­tan rendah.

Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik sepenuhnya Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) yang mana pada masa ini fokus kepada pinjaman bagi projek perumahan awam di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan projek perumahan mampu milik HDC.

“Agensi pinjaman ini merupakan alternatif lebih baik bagi pembeli rumah yang menghadapi kesukaran untukmenda­patkanpinj­aman daripada pihak bank.

“Bagaimanap­un, Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd akan mengikuti standard pengurusan pinjaman bank dalam memproses permohonan pinjaman dan pada masa yang sama, memberikan kelonggara­n kepada pemohon yang layak dan berkelayak­an,” jelasnya.

Selain menubuhkan agensi pinjaman, katanya, kerajaan negeri juga telah melaksanak­an Panduan dan Polisi Perumahan Mampu Milik Negeri sejak April 2016 yang memerlukan pemaju perumahan swasta untuk membina perumahan mampu milik di bawah Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA).

SPEKTRA merupakan inisiatif terbaharu kerajaan negeri bagi menangani isu perumahan mampu milik dan merapatkan jurang permintaan dan bekalan perumahan di negeri ini bagi kumpulan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

 ??  ?? ABANG Johari bercakap kepada media di Kuching berhubung pendirian kerajaan negeri mengenai pemberian pinjaman oleh pemaju kepada pembeli rumah. Turut kelihatan Talib (kiri).
ABANG Johari bercakap kepada media di Kuching berhubung pendirian kerajaan negeri mengenai pemberian pinjaman oleh pemaju kepada pembeli rumah. Turut kelihatan Talib (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia