Utusan Borneo (Sabah)

Negara dijangka bebas jerebu rentas sempadan

-

SIBU: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitah­u, negara dijangka bebas jerebu rentas sempadan atas tiga faktor.

Tiga faktor tersebut ialah hujan, corak angin serta tindakan aktif serta pantas daripada pihak berkuasa negara jiran, Indonesia dalam memadamkan kebakaran hutan.

Menurut Wan Junaidi, terdapat 200 titik panas di Kalimantan pada Jumaat lepas kemudian berkuranga­n kepada 18 sahaja pada pagi Sabtu.

“Ini disebabkan hujan turun di sebelah sana terutama di Kalimantan, Sumatera, Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Jelasnya, pihak berkuasa telah melakukan yang terbaik apabila sebuah pasukan bomba telah dibentuk bagi menangani kejadian kebakaran hutan di negara ini.

Menyentuh mengenai faktor angin, Ahli Parlimen Santubong itu memberitah­u, taufan Meranti di Jepun memberi kesan kepada tiupan angin dari Kalimantan.

Beliau turut memberitah­u, perubahan tiupan angin akan berlaku pada minggu pertama Oktober yang akan bertiup dari arah barat daya.

“Justeru, menjelang minggu kedua Oktober, akan berlaku lebih daripada satu kejadian jerebu. Jika berlaku kebakaran di Indonesia, asap tidak akan bertiup ke arah Malaysia,” jelasnya.

Ditanya mengenai pembakaran terbuka dalam negara, beliau berkata kebakaran hutan di tanah milik persendiri­an boleh menyebabka­n kejadian jerebu yang tidak beberapa serius.

Ini katanya, termasuk pembakaran di kawasan tanah bagi penanaman kelapa sawit dan getah, yang boleh menyebabka­n kejadian jerebu setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia