Utusan Borneo (Sabah)

Larian 7km Fit Malaysia 8 Oktober depan

-

SIPITANG: Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Daerah Sipitang akan menganjura­n Larian 7km Fit Malaysia sempena dengan Hari Sukan Negara peringkat Zon Sipitang yang akan disambut serentak seluruh negara pada 8 Oktober depan.

Pegawai KBSS Daerah Sipitang Nordin Ismail mempelawa orang ramai untuk sama- sama menyertain­ya.

Larian 7km Fit Malaysia akan diadakan dalam tiga kategori iaitu kategori terbuka lelaki umur 40 tahun ke atas, kategori 15 - 39 tahun lelaki sahaja dan kategori terbuka wanita.

Menurut Nordin, borang penyertaan boleh didapati di KBSS Sipitang mulai sekarang.

Katanya, berbagai hadiah menarik telah disediakan antaranyaw­angtunai, medal dan sijil penyertaan.

Katanya, sempena Hari Sukan Negara Peringkat Zon Sipitang yang dipengerus­ikan oleh Pegawai Daerah Sipitang Latip Hj. Amat berkenaan, berbagai acara menarik telah disediakan yang boleh disertai oleh orang ramai.

Antara acara yang sedang rancak diatur ialah bola jaring, bola tampar pantai, sukan rakyat, kayuhan sihat, senamrobik, memancing, pertanding­an layang-layang, futsal, waja diri, sepak takraw, bola keranjang 3 on 3, bolasepak dan banyak lagi.

Hari Sukan Negara Zon Sipitang akan bermula seawal jam 7.00 pagi yang akan diadakan di Gata Square dan juga di Espalanad Sipitang dan akan dilancarka­n oleh Ahli Parlimen P178 Sipitang Datuk Sapawi Hj. Ahmad.

Pengerusi Induk Latip Amat menyeru orang ramai agar meluangkan masa bagi menyertai dan menjayakan program berkenaan yang dianjurkan bagi memberi kesedaran orang ramai untuk mengamalka­n gaya hidup sihat.

 ??  ?? NORDIN
NORDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia