Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho, Guardiola bersemuka sekali lagi

United, City diundi bertemu sesama sendiri pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris

-

LONDON, England: Jose Mourinho dan Pep Guardiola akan bersemuka sekali lagi selepas pasukan masing- masing, Manchester United dan Manchester City diundi bertemu sesama sendiri pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris ( EFL) setelah memenangi perlawanan pusingan ketiga Rabu lepas.

United menang 3- 1 di kelab divisyen tiga, Northampto­n Town untuk mengurangk­an tekanan ke atas Mourinho ekoran tiga kekalahan berturut- turut sementara juara bertahan kejohanan, City, menang 2-1 di Swansea City.

Tottenham Hotspur pula akan bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool selepas membelasah Gillingham 5- 0 dan West Ham United akan menentang Chelsea selepas menewaskan kelab divisyen em- pat, Accrington Stanley.

“Kami selayaknya menang,” kata Mourinho ketika memberitah­u Sky Sports selepas gol oleh Michael Carrick, Ander Herrera dan pemain gantian, Marcus Rashford.

Mourinho, yang bercakap sebelum undian pusingan keempat kejohanan dibuat, menambah; “Ia adalah sukar, seperti yang saya jangkakan tetapi kami mengawal sepenuh permainan selama 35 minit pertama dan kemudian untuk 45 minit terakhir.

“Ia adalah perlawanan yang sukar tetapi secara keseluruha­nnya satu prestasi positif.”

Mourinho, yang merasakan pemain Northampto­n, Jak McCourt, seharusnya dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Memphis Depay, tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan.

Kemenangan United adalah pembakar semangat buat Mourinho dan anak buahnya selepas tewas kepada Manchester City, Feyenoord ( Liga Juara- Juara) dan Watford sebelum ini.

Beliau melakukan sembilan pertukaran dari skuad yang tewas 1- 3 di Watford Ahad lepas, dengan Chris Smalling dan kapten pasukan, Wayne Rooney adalah pemain yang dikekalkan.

Rooney bermula di jentera serangan buat kali pertama sejak musim lepas dan mensiasiak­an peluang awal apabila menyudahka­n umpanan Ashley Young.

United membuka jaringan pada minit ke- 17 apabila penjaga gol Northampto­n, Adam Smith dihukum kerana menerima satu umpanan ke belakang dengan pengadil memberikan satu tendangan percuma.

Rembatan Rooney dari tendangan percuma terkena dinding pemain tetapi Carrick merembat bola muntah ke pintu gol. Rooney berjaya menjaringk­an gol tetapi tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid sebelum Northampto­n hampir membuka jaringan dengan satu rembatan Kenji Gorre terkena palang pada minit ke- 38 tetapi empat minit kemu- dian, Northampto­n mengikat kedudukan apabila Daley Blind menjatuhka­n Sam Hoskins dalam kotak penalti, membolehka­n Alex Revell menewaskan penjaga gol Sergio Romero dari tendangan penalti.

Mourinho menunggu hanya 10 minit dalam separuh masa kedua sebelum memasukkan Zlatan Ibrahimovi­c dan Rashford untuk menggantik­an Fosu-Mensah dan Depay.

Herrera meletakkan United di hadapan pada minit ke- 68 sebelum Rashford melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Manchester City mencipta kemenangan kesembilan berturut- turut dalam semua pertanding­an sejak di bawah kendalian Guardiola apabila menang 2- 1 di Swansea.

City menguasai separuh masa pertama tetapi mengambil masa empat minit selepas rehat untuk membuka jaringan menerusi rembatan Gael Clichy.

Aleix Garcia menambah jaringan pada minit ke- 67 dengan Gyfli Sigurdsson merapatkan kedudukan pada minit kecederaan.

Tottenham tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kemaraan dengan membelasah Gillingham menerusi dua gol Christian Eriksen, dengan gol lain dijaringka­n oleh Vincent Janssen, Josh Onomah dan Erik Lamela. West Ham United memerlukan gol minit ke- 96 untuk menewaskan Accrington Stanley 1- 0 di Stadium London.

Southampto­n, Sunderland dan Hull City juga mengesahka­n tempat ke pusingan keempat kejohanan.

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia