Utusan Borneo (Sabah)

Juve kembali kuasai Serie A Itali

-

MILAN, Itali: Gonzalo Higuain kembali menjaringk­an gol ketika Juventus merampas pendahulua­n Serie A Itali dari Napoli selepas kemenangan bergaya 4-0 ke atas Cagliari Rabu lepas.

Higuain, yang dibeli dari Napoli untuk satu rekod perpindaha­n Itali bernilai 90 juta euro, gagal menjaringk­an gol pada dua perlawanan terakhir Juventus – ketika seri dengan Sevilla dalam Liga Juara-Juara dan tewas 1-2 kepada Inter Milan dalam liga Ahad lepas.

Tetapi penyerang antarabang­sa Argentina itu menamatkan sebarang keraguan mengenai bakat beliau apabila menjaringk­an gol keempat musim ini untuk gol kedua perlawanan selepas Daniele Rugani meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-14.

Juventus menguasai sepenuhnya perlawanan dengan Genoa bernasib baik tidak bolos lebih banyak gol lagi.

Dani Alves, yang dibeli dari Barcelona, menjaringk­an gol ketiga sebelum rehat dengan Luca Ceppitelli melengkapk­an jaringan pada minit akhir.

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri berkata kritikan ekoran kekalahan pertama mereka musim ini adalah “keterlalua­n” tetapi memberitah­u penyiaran Sky Sport: “Ia menarik untuk kembali semula ke tangga teratas liga. Pemain memberi respon yang baik selepas kekalahan Ahad lepas dan menjawab kritikan melampau itu.

“Ia tidak menarik minat saya sekiranya kami lebih kuat atau lemah. Apa yang saya mahukan ialah untuk menamatkan saingan selaku juara.”

Selepas Napoli seri tanpa jaringan di Genoa, di mana Pepe Reina beraksi tangkas menepis beberapa cubaan lewat, Juventus mendahului Napoli dengan kelebihan satu mata dengan Roma naik ke tangga ketiga selepas menewaskan Crotone 4-0, dengan penyerangn­ya, Edin Dzeko menjaringk­an dua gol.

 ?? — Gambar Reuters ?? ALVES (kanan) mengekori rapat ketika cuba untuk merampas bola daripada penguasaan pemain Cagliari, Joao Pedro pada aksi Serie A Itali di Stadium Juventus, Turin Rabu lepas.
— Gambar Reuters ALVES (kanan) mengekori rapat ketika cuba untuk merampas bola daripada penguasaan pemain Cagliari, Joao Pedro pada aksi Serie A Itali di Stadium Juventus, Turin Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia