Utusan Borneo (Sabah)

Rooney tak hirau kritikan Barcelona terus berjuang tanpa Messi

-

MANCHESTER: Kapten Manchester United (MU) yang menerima tekanan, Wayne Rooney (gambar bawah) kelmarin berkata dia menutup telinganya kepada kritikan mengenai prestasiny­a yang datang dari luar kelab.

Kapten England berusia 30 tahun itu – yang menerima kritikan khusus selepas United tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut pada minggu lepas – memberitah­u MUTV dia biasa dengan penelitian ke atas prestasiny­a dan dia hanya akan terus berusaha dengan gigih.

Bagaimanap­un bekas pemain terkemuka seperti Alan Shearer telah mencadangk­an agar pengurus MU Jose Mourinho harus menimbang untuk menggugurk­an Rooney.

“Saya rasa saya sudah mengalamin­ya sepanjang karier saya – lebih banyak sedikit kebelakang­an ini, saya rasa, tetapi itulah bola sepak,” kata Rooney.

“Saya mendengar jurulatih saya dan rakan sepasukan, orang di sekeliling saya, dan saya sebenarnya tidak mendengar apa yang disebut oleh ramai orang di luar sana kerana kebanyakan­nya adalah mengarut. “Saya perlu fokus, sudah tentu bekerja keras, dan saya sudah melakukan perkara itu sepanjang karier saya. Saya telah berusaha gigih dan mencuba sebaik mungkin untuk pasukan.” Walaupun United memenangi tiga perlawanan liga pertama mereka, permainan hambar Rooney bermakna tempatnya sudah pun mengundang penelitian. Sejak United tewas kepada Manchester City, Feyenoord dalamLigaE­uropa, dan Watford, seruan agar dia digugurkan telah menjadi se- makin lantang.

Rooney direhatkan untuk kunjungan ke Feyenoord pada Khamis lepas tetapi dia memulakan semua perlawanan United yang lain di bawah Mourinho.

Seperti apa yang berlaku kebanyakan waktu dalam kariernya, perdebatan terus diadakan mengenai posisi terbaik Rooney.

Rooney, yang tidak pernah menjadi pemain nombor sembilan yang tulen, dan bukan juga pemain nombor 10 yang klasik, diletakkan di bahagian tengah posisi tengah dalam kempen England yang gagal untuk Euro 2016.

Rooney telah menyatakan dia terbuka kepada idea untuk bermain di bahagian tengah dalam kemajuan kariernya tetapi dia memberitah­u MUTV bahawa Mourinho tidak ada fikiran untuk mengubah peranannya sekarang.

“Saya sudah melakukann­ya (bermain di pelbagai posisi) sepanjang karier saya. Saya rasa saya dapat bermain dalam semua posisi tetapi saya rasa pengurus sudah menjelaska­n iaitu saya sama ada bermain di hadapan atau dalam peranan nombor 10 dan di sanalah dia melihat saya bermain.”

– AFP MADRID: Pasukan Barcelona tanpa Lionel Messi yang cedera berdepan dengan Sporting Gijon dalam perlawanan pertama daripada tiga perlawanan di tempat lawan dalam tempoh seminggu, dalam usaha mereka untuk terus memberikan cabaran kepada pendahulu La Liga Real Madrid pada malam ini (Sabtu).

Messi mengalami semula kecederaan pangkal paha dalam keputusan seri 1-1 pada Rabu lepas dengan Atletico Madrid yang tidak akan mengizinka­n Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali itu untuk bermain selama tiga minggu akan datang. Ketiadaann­ya mungkin akan memberi impak yang lebih besar ke atas Argentina berbanding Barca kerana juara dunia sebanyak dua kali itu akan bermain tanpa kapten mereka untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay dan Peru.

Bagaimanap­un juara Sepanyol Barca ada tiga halangan yang rumit untuk diatasi dalam masa seminggu akan datang apabila mereka juga menuju ke Borussia Moenchengl­adbach dalam Liga Juara- Juara pada Rabu depan sebelum satu lagi kunjungan ke Celta Vigo pada Ahad depan.

“Semua kami berharap dia ada bersama kami. Pasukan adalah lebih kuat dengannya berbanding tanpanya, tetapi situasi yang tidak dijangkaka­n ini berlaku,” kata kapten Barca, Andres Iniesta kelmarin.

“Skuad memenangi kejuaraan. Individu membantu tetapi ia adalah skuad pada keseluruha­nnya yang memenangi sesuatu.”

Tanpa Messi, dua penyerang bintang lain Barca, Luis Suarez dan Neymar dijangka akan memikul tanggungja­wab tambahan – sama seperti apa yang mereka buat ketika mereka menjaringk­an 16 gol dalam enam perlawanan liga yang tidak disertai Messi selama dua bulan dia berehat untuk pulih daripada kecederaan pada musim lepas.

Sergio Busquets juga dikeluarka­n awal ketika menentang Atletico disebabkan oleh kesan selepas demam, tetapi dijangka sihat untuk memulakan perlawanan di Asturias.

Arda Turan adalah pemain pilihan untuk menggantik­an Messi selepas dia mengisi kekosongan dengan cekap dalam satu lagi posisi barisan depan Barca ketika Neymar tidak ada pada awal musim kerana menyertai temasya Sukan Olimpik di Rio.

Satu wajah yang biasa bagi Barca mungkin tidak akan bermain untuk Sporting kerana satu kecederaan yang lawak – pemain pertahanan Brazil yang dipinjamka­n ke kelab itu Douglas mencederak­an pinggulnya ketika dia tidur dalam bas pasukan dalam perjalanan pulang dari kekalahan 2-1 kepada Celta Vigo pada Rabu lepas.

Usaha Real Madrid untuk mencipta sejarah La Liga dengan kemenangan ke- 17 berturuttu­rut tidak kesampaian pada pertengaha­n minggu apabila mereka sekadar diikat 1-1 oleh Villarreal.

Anak buah Zinedine Zidane masih mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Barca tetapi berdepan dengan kunjungan yang janggal ke Kepulauan Canary untuk menentang Las Palmas sebelum perlawanan yang penting dalam Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada Selasa ini.

Kekuatan Madrid juga kurang disebabkan oleh kecederaan: dua pemain dari Brazil, Marcelo dan Casemiro disahkan tidak dapat bermain selama beberapa minggu akan datang.

Juara Eropah itu kekurangan pengganti yang semula jadi dalam kedua-dua posisi dengan Danilo dijangka akan mengisi posisi pertahanan kiri, manakala Toni Kroos kemungkina­n akan mengisi posisi tengah yang paling mendalam untuk memberi laluan kepada kepulangan Luka Modric.

Permulaan musim yang cemerlang oleh Las Palmas berakhir Rabu lepas apabila mereka ditewaskan 4-1 di Real Sociedad. Bekas pemain tengah AC Milan Kevin-Prince Boateng tidak akan bermain untuk kunjungan Madrid selepas dibuang dari padang pada separuh masa pertama di San Sebastian.

Sevilla di tempat kedua dapat menduduki tempat teratas sekurang- kurangnya selama beberapa jam apabila mereka bertandang ke kelab yang sedang bermain baik Athletic Bilbao pada awal malam ini.

Atletico merupakan satusatuny­a daripada empat wakil Sepanyol dalam Liga Juara-Juara yang tidak beraksi sehingga malam esok (Ahad) apabila Deportivo la Coruna melawat Vicente Calderon dalam perlawanan balas dendam yang masih dibayangi keganasan penyokong. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? MESSI (kiri) tidak akan dapat beraksi selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan yang sama di pangkal paha ketika Atletico Madrid bangkit dari ketinggala­n untuk mengikat Barcelona 1-1 di Nou Camp Rabu lepas.
MESSI (kiri) tidak akan dapat beraksi selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan yang sama di pangkal paha ketika Atletico Madrid bangkit dari ketinggala­n untuk mengikat Barcelona 1-1 di Nou Camp Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia