Utusan Borneo (Sabah)

66 PTI ditahan dalam operasi khas di Sandakan dan Lahad Datu

-

SANDAKAN: Seramai 66 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan pihak berkuasa dalam operasi khas di sini dan Lahad Datu.

Turut dirampas, bot dan enjin serta pelbagai barangan yang cuba diseludup.

Dalam operasi tiga hari di sini yang berakhir pada Khamis, Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 37 PTI di perairan laut Sandakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata tumpuan operasi dilakukan di kawasan perairan laut Sungai Batu 2 hingga perairan laut Tabangka meliputi perairan Pulau Nunuyan.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri 17 orang lelaki dewasa, 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang berumur antara 4 hingga 54 tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

“Turut ditahan ialah empat lelaki warga Filipina yang menjadi juragan bot, dan turut dirampas sebuah pam bot bersama enjin dan tiga buah bot laju dengan enjin 30 HP dan 40 HP yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM39,905,” katanya.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah sejumlah 37 kotak ( 629 paket/ kg) minyak masak yang bernilai RM1,572.50 dipercayai untuk diseludup.

Di Lahad Datu, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) dengan kerjasama beberapa agensi keselamata­n menggagalk­an cubaan 29 PTI menyusup masuk ke negara ini melalui jalan laut.

Kesemua PTI berkenaan ditahan di kawasan bakau Tanjung Pulau Nunuyan, dalam operasi selama dua hari bermula Rabu.

Komander Esscom DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan antara 4 hingga 54 tahun dan dipercayai warga Filipina.

“Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara dalam satu lagi operasi di Semporna pada Selasa, beliau berkata PPM Semporna menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 37 tahun kerana disyaki cuba menyeludup keluar 17 jerikin minyak petrol di perairan Pulau Omadal, Semporna.

Turut disita sebuah perahu bersama dua unit enjin sangkut jenama Yamaha 40 HP bernilai lebih RM29,267.

 ??  ?? WAN ABDUL BARI
WAN ABDUL BARI
 ??  ?? MINYAK masak yang disorok berjaya dirampas PPM di Sandakan.
MINYAK masak yang disorok berjaya dirampas PPM di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia