Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja kilang dipenjara 13 tahun, rogol berkumpula­n

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan melakukan rogol berkumpula­n.

Mohd Faizal Arsid, 22, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Noor Hafizah Mohd Salim, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 19 tahun, bersama dengan seorang lagi, pada 31 Januari tahun ini jam 12.10 pagi, di parkir lori Sulaman Central, Sepanggar, di sini.

Atas kesalahan itu, Mohd Faizal disabitkan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 30 tahun.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama pengadu membuat laporan polis dan mengatakan dirogol oleh dua lelaki yang dikenali.

Siasatan awal mendapati, semasa pengadu seorang diri dalam perjalan pulang, pengadu terjumpa dengan dua lelaki yang berada dalam keadaan mabuk, mengajakny­a bersembang.

Pengadu menolak ajakan berkenaan, namun tiba-tiba seorang daripada mereka menarik tangan lalu merogol pengadu secara bergilirgi­lir.

Dalam rayuan, peguam P. J Perira memberitah­u mahkamah, sebelum ditangkap, anak guamnya bekerja sebagai pekerja am di sebuah kilang perabot.

“Tertuduh sudah mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dan menyesal atas perbuatann­ya,” katanya.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja meminta hukuman berat dikenakan, dengan mengambil kira keseriusan dan kekerapan kes yang berlaku.

Mahkamah memerintah­kan Mohd Faizal menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap.

 ??  ?? MOHD Faizal (depan, kanan) diiringi anggota polis.
MOHD Faizal (depan, kanan) diiringi anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia