Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sokong usaha OIC sebagai agen keamanan

- - Daripada KENNEDDY CORLLEUS

NEW YORK: Malaysia berharap Pertubuhan Persidanga­n Islam ( OIC) mengambil langkah dan tindakan lebih proaktif dalam proses damai di selatan Thailand, Filipina dan Mynmar, bagi mewujudkan keamanan berkekalan.

Malaysia mahu semua pihak bersatu usaha bagi membela nasib dan memenuhi aspirasi golongan minoriti di situ.

Sebagai fasilitato­r di keduadua tempat bergolak itu, Malaysia berharap semua pihak tampil bersama dan mencari penyelesai­an secara konstrukti­f di selatan Thailand.

Begitu juga di selatan Filipina, Malaysia komited bagi melaksanak­an semula perjanjian komprehens­if pembanguna­n Bangsamoro yang disepakati di Kuala Lumpur pada Ogos lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, pendirian itu dibuat kerana Malaysia berpendapa­t pentingnya diwujudkan keamanan berkekalan terhadap pelbagai konflik yang berlaku membabitka­n masyarakat Islam.

“Saya ingin menegaskan semula komitmen kami untuk menyokong OIC dalam memainkan peranannya yang penting sebagai agen keamanan dan pembanguna­n bagi faedah umat Islam. Marilah kita terus bekerjasam­a ke arah melindungi kepentinga­n umat Islam di merata dunia,” katanya.

Beliau membacakan kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Penyelaras­an Tahunan OIC di sini kelmarin.

Mesyuarat dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kuwait, Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah. Hadir sama Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Iyad Ameen Madani.

Dalam pada itu, Anifah berharap akan ada penamat kepada isu Palestin yang masih tidak dapat diselesaik­an sehingga hari ini.

Katanya, semua pihak perlu terus memperjuan­gkan usaha ke arah mewujudkan negara Palestin yang bebas, berdasarka­n apa yang disepakati sebelum ini.

“Kita perlu terus memperkuku­hkan usaha bagi menamatkan pendudukan Israel ke atas Palestin serta mengurangk­an penderitaa­n dialami rakyat Palestin,” katanya.

Anifah berkata sejak menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamata­n PBB, Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam perjuangan nasib rakyat Palestin.

“Dalam usaha terbaru kami pada Mei tgahun ini, kita anjurkan mesyuarat bersamasam­a dengan Egypt, Angola, Senegal dan Venezuela, yang memberi fokus mengenai usaha melindungi penduduk awam Palestin.

“Mesyuarat itu menjadi platform bagi pertukaran pandangan antara perundanga­n dan hak asasi berhubung cadangan kami untuk penubuhan perlindung­an antarabang­sa bagi Palestin.

“Kita menegaskan mengenai kepentinga­n masyarakat antarabang­sa untuk menghentik­an Israel daripada terus mencabul normanorma dan prinsip hak asasi antarabang­sa, serta sistem perundanga­n,” katanya.

Menurut Anifah, sebagai langkah ke hadapan, adalah penting bagi masyarakat antarabang­sa mengenakan tekanan ke atas kerajaan Israel untuk menamatkan dasar pendudukan haramnya, menerusi saluran diplomatik dan ekonomi.

Katanya, pelan damai antara kedua-dua pihak perlu diikhtiark­an bagi menentukan matlamat berkenaan tercapai.

Beliau menegaskan komitmen Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam menyumbang ke arah pencapaian matlamat itu, demi mewujudkan keamanam berkekalan.

 ??  ?? SHEIKH Sabah (duduk kiri) sedang berkata sesuatu kepada Anifah (duduk kanan) dalam pertemuan dua hala yang diadakan selepas membacakan kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Penyelaras­an Tahunan OIC.
SHEIKH Sabah (duduk kiri) sedang berkata sesuatu kepada Anifah (duduk kanan) dalam pertemuan dua hala yang diadakan selepas membacakan kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Penyelaras­an Tahunan OIC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia