Utusan Borneo (Sabah)

Tahanan Guantanamo warga Malaysia mungkin dipindahka­n ke penjara di tanah air

-

NEW YORK: Mohamad Bashir Lap, seorang daripada dua tahanan warga Malaysia di kem tahanan Guantanamo Bay, mungkin dipindahka­n ke penjara di tanah air dan menjalani proses deradikali­sasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu dimaklumka­n dalam pertemuann­ya dengan Perutusan Khas Amerika Syarikat Mengenai Penutupan Guantanamo, Lee Wolowsky di sini pada Rabu.

“Kemungkina­n itu selari dengan usaha kita untuk membawa pulang tahanan Malaysia di Guantanamo Bay,” katanya kepada wartawan Malaysia pada Khamis. Beliau berada di sini untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke- 71 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

Kedua-dua warga Malaysia berkenaan, Mohamad Bashir dan Mohd Farik Amin, ditahan sejak 2006 kerana pembabitan mereka dengan Jemaah Islamiyah (JI) pada awal 2000.

Mereka juga dikatakan terbabit dengan pengeboman Hotel J.W Marriott di Jakarta pada 2003 dan telah ditahan di Bangkok pada tahun sama.

Menurut Ahmad Zahid, Lembaga Semakan Berkala Amerika Syarikat atau US Periodic Review Board telah mengeluark­an keputusan pada 15 Sept lepas bahawa keduadua mereka masih merupakan ancaman kepada keselamata­n Amerika Syarikat.

“Namun, Amerika Syarikat memaklumka­n tentang kemungkina­n seorang daripada mereka ( Mohamad Bashi) dihantar pulang ke Malaysia tetapi perlu terus menjalani proses deradikali­sasi,” katanya.

Ringkasan semakan US PRD itu menyebut bahawa ia menggalakk­an usaha diambil bagi mendekati keluarga tahanan yang mungkin dihantar pulang itu dan pegawai kerajaan Malaysia, berhubung kesediaan sekiranya tahanan berkenaan dipindahka­n ke Malaysia. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia