Utusan Borneo (Sabah)

Tanah runtuh cemaskan warga SK Tagodun Lama

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Warga pendidik sebuah sekolah rendah di sini cemas pada malam hari Rabu apabila cerun berhampira­n salah satu bangunan di sekolah itu runtuh lalu mengenai dinding bangunan terbabit.

Mujur dalam kejadian kira-kira jam 7.00 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Tagudon Lama itu tiada individu yang mengalami kecederaan walaupun terdapat penjaga dan guru yang tinggal di kuarters berhampira­n.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah ( KPPD) Ranau Siti Hamne Hashim ketika dihubungi memberitah­u, insiden itu merupakan yang pertama berlaku di sekolah terbabit dan faktor cuaca mungkin mengakibat­kan runtuhan.

“Kejadian tanah runtuh berlaku malam semalam setelah hujan turun dengan lebatnya sejak hari Selasa. Cuaca kering yang panjang sebelum ini mungkin mengakibat­kan struktur tanah menjadi longgar.

“Hujan lebat mengakibat­kan dinding berhampira­n bangunan kelas di suatu sudut sekolah terbabit menggelinc­ir. Tinjauan yang kita jalankan menunjukka­n kelodak lumpur dan air keruh mengalir di kawasan terbabit,” jelas beliau.

Walaubagai­manapun Siti Hamne mengesahka­n bahawa keadaan adalah terkawal di mana pihak sekolah mengatur muridmurid yang sepatutnya belajar di kelas terbabit untuk membuat pembelajar­an di kelas sementara di sekolah berkenaan.

“Kita sudah meminta Guru Besar SK Tagudon Lama Hamdan Taip untuk pastikan semua barangan dan peralatan berharga serta dokumen penting di bangunan terbabit dipindahka­n ke bangunan lain yang tidak terjejas sebagai langkah awal bersedia terhadap apa-apa kemungkina­n.

“Kita juga sudah membuat laporan kepada Jabatan Pendidikan Negeri di samping membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau untuk memeriksa keadaan cerun berkenaan,” jelas beliau.

Katanya, setakat ini hanya satu insiden seumpama itu dilaporkan di sekitar daerah ini dan mengesahka­n bahawa sesi persekolah­an dan pembelajar­an di SK Tagudon Lama berjalan seperti biasa pada hari Khamis.

Menurutnya, SK Tagudon Lama yang terletak kira-kira 36 kilometer dari Pekan Ranau mempunyai 64 orang murid termasuk sembilan orang murid pra sekolah dan 13 orang guru.

 ??  ?? RUNTUHAN mengenai dinding salah satu bangunan sekolah terbabit.
RUNTUHAN mengenai dinding salah satu bangunan sekolah terbabit.
 ??  ?? PANDANGAN sudut runtuhan yang berlaku di SK Tagudon Lama.
PANDANGAN sudut runtuhan yang berlaku di SK Tagudon Lama.
 ??  ?? SITI HAMNE
SITI HAMNE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia