Utusan Borneo (Sabah)

Keajaiban Borobudur

Di candi itu jiwa dan amalan penduduk menyatu

- Oleh HENRY BATING

KEAJAIBAN Borobudur tidak perlu diperkatak­an lagi. Keagungan binaan dan kesucian candi Mahayana Buddha itu sudah tercatat berabad lamanya dalam pelbagai sumber. Namun falsafah hidup bangsa yang melestarik­an warisan dunia itu tidak akan pernah pudar untuk dipelajari.

“Jiwa dan amalan hidup penduduk desa Borobudur menyatu memancar keagungan candi yang didirikan abad ke-9 itu tetap bersinar serta memberi hidup lahiriah dan rohaniah masyarakat sekeliling”.

Demikian antara lain kesan rasa dan minda rombongan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak yang berkampung kira-kira seminggu di Yogyakarta - kota pelajar di Indonesia, bermula 15 September lalu.

Rombongan 14 orang diiringi Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Dr Rosliah Kiting itu melibatkan dua pelajar pascasiswa­zah pengajian bahasa Kadazandus­un, Florina Jumil dan Januin Jainis serta 11 pelajar prasiswaza­h pengajian minor bahasa Kadazandus­un.

Program menghadiri seminar sastera antarabang­sa Indonesia-Malaysia 2016 itu dikendalik­an di bawah pengarah program, Lesah Kuangin.

Pelajar lain terdiri daripada Ana Fiuna Dansun, Melida Simon, Roseanne Nelson, Feria Sulip Felix, Felicia Vung, Alexander Joanes, Janne Maradius, Allen Sarah Damianus, Ellysia Richard dan Siti Wadinih Saili.

Allen, Ana dan Feria secara spesifik menyebutka­n betapa kesucian Borobudur dijaga rapi sehinggaka­n tidak ada pengunjung dibenarkan memasuki candi itu tanpa berpakaian menutupi aurat.

“Jika ada pelancong berseluar pendek atau berpakaian tidak menutupi bawah paras lutut, mereka diminta mengenakan sarung demi menghormat­i dewadewi di candi itu dan sarung boleh dibeli dekat pintu masuk,” jelas mereka.

Begitupun rata-rata anggota rombongan kagum dengan suasana semulajadi yang tetap terpelihar­a di sekitar candi yang terletak di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah itu.

Lebih mengagumka­n apabila berada di atas candi Borobudur, sekeliling­nya menampakka­n pemandanga­n perkampung­an semulajadi dengan kesuburan pepohonan, tebaran sawah padi, tanaman ubi kayu, sayur-sayuran dan rumahrumah yang damai dan menyatu dengan alam.

“Persekitar­an seumpama itu serta-merta menggamit kerinduan kepada kampung halaman di Sabah,” jelas mereka.

Menambah unik persekitar­an candi Borobudur ialah kewujudan muzium, bioskop informasi, Kapal Samudra Raksa, seni ukir hidup pada dinding batu dan gajah hidup yang boleh ditunggang­i pengunjung, pastinya dengan kadar bayaran tertentu.

Malahan terdapat keretapi dalam taman yang boleh dinaiki sekiranya pengunjung tidak memilih untuk berjalan kaki.

Tambah mengagumka­n ialah kecintaan penduduk setempat sekitar candi itu yang tetap saja mengutamak­an warisan bangsa sendiri seperti mengenakan pakaian tradisiona­l batik dan kebaya dalam kehidupan seharihari.

Perjuangan hidup kalangan penjaja barangan cenderaken­angan terserlah dari kecekalan mereka memujuk rayu setiap pengunjung candi itu. Pelbagai barangan ditawarkan meliputi ‘key chain’, baju-t, kemeja batik, gelang, topi, monopod, kacamata dan banyak lagi.

Dalam kecekalan penjual menjaja barangan, seperkara yang perlu diketahui pengunjung, mereka sendiri harus cekal melakukan tawar-menawar harga kerana pada kebiasaann­ya harga boleh dikurangka­n sehingga 50 peratus.

Bagi sebahagian anggota rombongan, situasi itu sendiri merupakan sesuatu yang unik kerana hakikatnya keadaan tawar-menawar secara sopan dan beradab seperti itu jarang kelihatan di Sabah.

Melihat kepada barangan cendera yang dijaja di Borobudur, kalangan pelajar dalam rombongan itu memikirkan bahawa kreativiti barangan kraf seperti itu boleh diwujudkan di Sabah untuk mempelbaga­ikan jualan di kalangan peniaga kecil.

Umpamanya kemeja atau baju-t boleh direka atau disulam berasaskan corak pakaian tradisi pelbagai etnik asal Sabah kerana kelihatann­ya pelancong gemar mendapatka­n cenderahat­i yang menggambar­kan identiti setempat.

Kesempatan berkunjung di Borobudur membuka keinsafan betapa masyarakat desa Borobudur dalam kabupaten Magelang di mana candi itu berdiri megah, dapat melangsung­kan kehidupan hanya bersumberk­an penghasila­n menjaga kesucian dan keajaiban candi terbesar Buddha itu.

 ??  ?? ROMBONGAN 14 pelajar UPSI di kaki tangga menaiki candi Borobudur.
ROMBONGAN 14 pelajar UPSI di kaki tangga menaiki candi Borobudur.
 ??  ?? MENGHAMPIR­I halaman candi Borobudur.
MENGHAMPIR­I halaman candi Borobudur.
 ??  ?? BERADA di bumbung candi Borobudur.
BERADA di bumbung candi Borobudur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia