Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Pa’adian Seroja johan Pertanding­an Tarian Kreatif Malaysia

-

Pa’adian Seroja dari Bukit Nanas, Kuala Lumpur muncul juara dalam Pertanding­an Tarian Kreatif Malaysia bagi kategori bawah 12 tahun dalam Festival Kesenian Borneo (BAF) 2016 yang diadakan di Arena Boling Padang baru-baru ini.

Kumpulan itu yang meraih hadiah wang tunai RM3,000 turut memenangi anugerah koreografi dan muzik terbaik.

Sementara itu tempat kedua diraih oleh kumpulan Auratari dari Damansara, Kuala Lumpur dan tempat ketiga oleh kumpulan Dewangga Tari juga dari Kuala Lumpur.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

Kumpulan Dewangga Tari juga memenangi anugerah busana terbaik.

Manakala anugerah penari perempuan terbaik dimenangi penari dari kumpulan Stadansa SRK St. Agnes Sabah iaitu Shahzriena Mat Shel.

Isteri Senator Datuk Yunus Kurus Datin Hajah Dayang Pungut Abdul Jalil menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan Mahathir Abdul Hamid.

Sementara itu, Mahathir merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua kumpulan yang menyertai BAF 2016 dan berharap mereka akan menyertain­ya lagi pada masa akan datang.

Katanya, program BAF anjuran Perbadanan Labuan itu bertujuan untuk memartabat­kan seni budaya tempatan di samping menjana ekonomi dan merancakka­n industri pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? NAIB johan Kumpulan Auratari dari Damansara, Kuala Lumpur.
NAIB johan Kumpulan Auratari dari Damansara, Kuala Lumpur.
 ??  ?? PENARI Kumpulan Stadansa, SRK St. Agnes, Sabah, Shahzriena Mat Shel menerima hadiah daripada Dayang Pungut.
PENARI Kumpulan Stadansa, SRK St. Agnes, Sabah, Shahzriena Mat Shel menerima hadiah daripada Dayang Pungut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia