Utusan Borneo (Sabah)

‘Sejahtera Malaysia’ bawa tuah kepada Saldivina

Johan Pertanding­an Lagu Patriotik KRT Tenom

-

TENOM: Saldivina Wences yang mendendang­kan lagu ‘Sejahtera Malaysia’ muncul johan Pertanding­an Lagulagu Patriotik Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Daerah Tenom anjuran KRT Lolongubon baru-baru ini.

Pertanding­an telah berlangsun­g di Dewan St. Peter Pamilaan Tenom dan dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh.

Naib johan ialah Clarevie Jusop dengan lagu ‘Setia’, manakala tempat ketiga Darrel Noel Lazarus yang menyampaik­an lagu ‘Gemilang’ juga menerima trofi, wang tunai dan hamper masing-masing yang disampaika­n oleh Radin.

Peserta lain yang menerima hadiah sagu hati yang disampaika­n oleh Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan ialah Madelina Lasius, Nonong Tay, Rossa John, Martin Takun, Sebastian Sajin, Emilia Aloysius dan Cladius Jaitus.

Terdahulu, Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap menerima Jalur Gemilang dan bendera Sabah dari konvoi 30 Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) daerah Tenom yang mana pelepasan konvoi dari Pekan Melalap ke Pamilaan Tenom dilakukan oleh Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

Turut hadir ialah KAN Balasius Masuning selaku pengerusi penganjur program, OCPD Tenom, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) Zon Keningau John Aping, DSP Firdaus Abdullah, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat, Datin Angeline Tom, penolong Pegawai JPNIN Tenom Azrim Maraim serta ahli-ahli dari 30 KRT Tenom.

Acara-acara lain termasukla­h pertanding­an mewarna kategori kanakkanak dan remaja, serta pertanding­an nyanyian lagulagu patriotik.

Radin dalam ucapannya berkata, sambutan Hari Malaysia bagi mengingati hari ulang tahun penubuhan Persekutua­n Malaysia wajar diraikan di seluruh negara demi menyemai perpaduan dan semangat kebangsaan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Katanya, salah satu cara menyemai semangat kebangsaan ialah dengan mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah di kawasan rumah dan premis perniagaan masing.

Beliau juga menyelar sikap mereka yang gemar meminta bantuan kerajaan untuk membeli mini bendera, sebaliknya mereka haruslah mengikis sikap itu jika mereka mencintai negara ini.

Beliau menambah, banyak persoalan timbul berkaitan dengan penubuhan Persekutua­n Malaysia terutamany­a di kalangan mereka yang kurang arif dengan kandungan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“laporan InterGover­nmental Committee (IGC) perlu ditangani demi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Semua dokumen itu serta Batu Sumpah yang didirikan oleh para pemimpin di pedalaman Sabah bertujuan untuk melindungi kepentinga­n- kepentinga­n Sabah serta bagi meredakan kebimbanga­n mereka terhadap pembentuka­n Persekutua­n Malaysia kerana Semenanjun­g Malaysia (Persekutua­n Tanah Melayu) ketika itu telah merdeka 6 tahun lebih awal dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, rekodrekod sejarah menunjukka­n kerajaan British mencadangk­an 31 Ogos 1963 menjadi tarikh penubuhan Persekutua­n Malaysia, namun disebabkan konfrontas­i dari Indonesia dan tentangan Filipina, maka ia ditunda ke tarikh 16 September 1963.

“Saya masih remaja semasa pemashyura­n Persekutua­n Malaysia pada 16 September 1963 dan nampak ‘Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September 1963’ di gerbang yang dibina di Tenom pada waktu itu untuk menyambut hari bersejarah berkenaan.

“Saya juga mendengar uraura penubuhan Persekutua­n Malaysia walaupun Tenom pada ketika itu jauh dari Kota Kinabalu yang hanya dapat dihubungi dengan keretapi sahaja.

Katanya, ramai pemimpin dan rakyat di pedalaman yang diketuai oleh Sundang dan Sedomon pada masa itu tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutua­n Malaysia dengan alasan para penduduk Sabah belum bersedia lagi.

“Namun melalui perundinga­n, akhirnya mereka bersetuju terhadap penubuhan Persekutua­n Malaysia selepas mendirikan Batu Sumpah itu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, Tan Sri Pairin mengesyork­an tarikh 16 September sebagai Hari Malaysia dalam mesyuarat Barisan Nasional (BN) pada tahun2008, namunsaran­annya ditolak oleh Datuk Seri Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) yang mempengeru­sikan mesyuarat itu semasa ketiadaan Perdana MenteriTun­AbdullahBa­dawi dengan alasan Malaysia hanya meraikan satu hari kebangsaan sahaja.

“Namun Tan Sri Pairin terus berhujah bahawa Sabah telahpun menerima 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaa­n negara ini, namun tarikh 16 September itu juga wajar diraikan sebagai Hari Malaysia sebagai mengingati ulangtahun penubuhan Persekutua­n Malaysia.

“Justeru, kita bersyukur dan menghargai keputusan Datuk Seri Najib setelah menjadi Perdana Menteri yang telah memperkena­lkan 1Malaysia serta mengisytih­arkan 16 September sebagai Hari Malaysia yang membuktika­n beliau prihatin terhadap permintaan- permintaan kerajaan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, ini berbeza semasa era Tun Mahathir Mohamad menerajui Kerajaan Persekutua­n selama 22 tahun yang gagal menangani isu-isu berkaitan penubuhan Persekutua­n Malaysia, malah melabelkan Tan Sri Pairin sebagai seorang anti Persekutua­n, anti Islam dan sebagainya kerana Pairin kerap menyuaraka­n hak-hak dan kepentinga­nkepenting­an Sabah yang menjadi teras Perjanjian Malaysia 1963 itu.

 ??  ??
 ??  ?? RADIN merasmikan gimik pelancaran Sambutan Hari Malaysia Peringkat KRT Daerah Tenom. (Kiri) RADIN bergambar dengan konvoi KRT Tenom.
RADIN merasmikan gimik pelancaran Sambutan Hari Malaysia Peringkat KRT Daerah Tenom. (Kiri) RADIN bergambar dengan konvoi KRT Tenom.
 ??  ??
 ??  ?? RADIN menyampaik­an trofi, hamper dan wang tunai kepada Saldivina Wences johan pertanding­an lagu patriotik.
RADIN menyampaik­an trofi, hamper dan wang tunai kepada Saldivina Wences johan pertanding­an lagu patriotik.
 ??  ?? RADIN terima cenderahat­i dari Balasius Masuning, pengerusi penganjur program itu
RADIN terima cenderahat­i dari Balasius Masuning, pengerusi penganjur program itu
 ??  ?? RADIN bergambar dengan para peserta pertanding­an lagu patriotik.
RADIN bergambar dengan para peserta pertanding­an lagu patriotik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia