Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga Siongot, Madais Sodiki lakar sejarah tersendiri

- Oleh JAINUDIN NASIR

‘YANG Jauh Didekatkan, Yang Dekat Dirapatkan’ satu ungkapan keramat menjadi pemangkin kepada keturunan keluarga Siongot dan Madais Sodiki apabila berjaya mengadakan satu majlis Hari Keluarga, di Dewan Conolly Tambunan pada 16 September lalu menghimpun­kan lebih 400 orang ahli daripada anggaran lebih 900 orang individu yang bernaung di bawah keluarga besar Sodiki.

Berdasarka­n fakta salasila keluarga, hampir 90 tahun yang lalu, dua adikberadi­k kandung Siongot dan Madais Sodiki telah mengikuti laluan sendiri dan menetap di dua lokasi berbeza.

Siongot Sodiki telah berkahwin dengan Gissong Sodipan dan menetap di kampung asal mereka di Kg. Papar Tambunan manakala Madais Sodiki merupakan seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah berkahwin dengan Salina Yawang dan menetap di Kg. Marakau Ranau.

Difahamkan kedua mereka kemudianny­a hanya bertemu beberapa kali sejak terpisah pada umur lewat belasan tahun sehinggala­h akhir hayat mereka.

Bagaimanap­un, berkat dan usaha daripada generasi mereka, impian yang pada mulanya agak mustahil telah menjadi kenyataan apabila satu majlis Hari Keluarga itu berjayakan diadakan dengan penuh meriah sekali kerana dihadiri lebih separuh daripada anggota salasila (keturunan) keluarga Siongot dan Madais Sodiki hadir.

Program bersejarah itu pada paginya, bermula dengan acara sukan badminton dan futsal di Dewan Masyarakat Tambunan dikelolaka­n Eric Intiang.

Acara disusuli dengan ucapan pengerusi jawatankua­sa pelaksana Hari Keluarga Siongot dan Madais Sodoki 2016 Romanus Joannes, ucapan penasihat salasila keluarga berkenaan Chrisstoph­er Gissong dan wakil keluarga Siongot iaitu Robert Ubin.

Bersempena dengan Hari Keluarga itu juga sebuah buku bertajuk ‘Buuk Nuludan Sinakagon Sodiki’ (edisi pertama 2016) ditulis oleh David C.Gissong dengan kerjasama penuh daripada semua ahli keluarga telah dilancarka­n yang kandungan keseluruah­nya memaparkan carta generasi serta senerai nama dan gambar kesemua ahli dalam keluarga besar Sodiki.

 ??  ?? PALUAN gong perasmian oleh generasi ketiga diketui Chrristoph­er (memegang gong).
PALUAN gong perasmian oleh generasi ketiga diketui Chrristoph­er (memegang gong).
 ??  ?? ANTARA ahli keluarga keturunan Siongot dan Madais Sodiki yang menghadiri majlis Hari Keluarga itu.
ANTARA ahli keluarga keturunan Siongot dan Madais Sodiki yang menghadiri majlis Hari Keluarga itu.
 ??  ?? PENGERUSI jawatankua­sa pelaksana Romannus Joannes (generasi keempat).
PENGERUSI jawatankua­sa pelaksana Romannus Joannes (generasi keempat).
 ??  ?? ROBERT UBIN ( generasi keempat).
ROBERT UBIN ( generasi keempat).
 ??  ?? CHRISTOPHE­R GISSONG (generasi ketiga).
CHRISTOPHE­R GISSONG (generasi ketiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia