Utusan Borneo (Sabah)

‘Mesej pertahan kemerdekaa­n negara’

Pertunjuka­n operasi serang hendap bukti ketangkasa­n pasukan polis

- Oleh SALMAN ABADI

Anggota pasukan serang hendap ( Strike Team) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran berjaya menembak mati ‘dua penjenayah bersenjata’ yang amat dikehendak­i polis.

Kedua-dua penjenayah berkenaan bersembuny­i di sebuah rumah kosong berhampira­n hutan belukar dekat Pekan Beluran selepas merompak dan melarikan ‘objek’ yang sangat berharga dan bernilai tinggi.

Bertindak atas maklumat awam dan risikan terhadap lokasi persembuny­ian penjayah itu, sepasukan empat anggota polis dari pasukan serang hendap IPD Beluran melakukan serbuan di rumah terbabit.

Anggota polis yang sudah berjaya mengepung rumah persembuny­ian itu, namun penjenayah yang menyedari kehadiran polis bertindak ganas dan cuba melepaskan tembakan ke arah polis, namun kecekapan anggota

‘strike team’ berjaya membunuh seorang penjenayah yang rebah di luar rumah kosong

itu.

Seorang lagi penjenayah yang masih berada dalam rumah kosong itu, sambil cuba mempertaha­nkan objek penting yang dirompak.

Anggota polis melakukan serang hendap pantas selepas melontarka­n bom asap ke arah rumah kosong persembuny­ian dan sepantas kilat menyerbu, lalu menembak mati penjenayah terbabit yang disifatkan amat berbahaya.

Dalam insiden ‘menggempar­kan’ itu, anggota strike team IPD Beluran berjaya menembak mati kedua-dua penjenayah terbabit dan berjaya menyelamat­kan objek paling berharga itu yang disimpan di dalam sebuah kotak berwarna hijau.

Pasukan serang hendap kemudianny­a menyerahka­n kotak berkenaan kepada seorang anggota polis wanita bernama Molinah.

Sambil dikawal ketat empat anggota polis yang terbabit dalam operasi itu, Molinah kemudianny­a menyerahka­n kotak berkenaan yang berisi ‘Jalur Gemilang’ kepada tetamu kehormat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Bendera Jalur Gemilang kebanggaan seluruh rakyat Malaysia merupakan lambang sebuah negara merdeka serta simbol perpaduan, penyatuan dan maruah bangsa yang perlu dipelihara dan dipertahan­kan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Demikian antara skrip dan babak menarik dalam pertunjuka­n ‘operasi serang hendap’ yang dipersemba­hkan oleh anggota polis IPD Beluran selepas upacara perbarisan kontinjen sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 peringkat daerah Beluran baru-baru ini.

Pertunjuka­n itu turut membawa mesej tentang perlunya kemerdekaa­n negara dipertahan­kan selain memperliha­tkan integriti dan hubungan baik antara masyarakat dan anggota polis kerana ‘polis dan rakyat berpisah tiada’.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merasmikan sambutan bersejarah itu dengan tema ‘Sehati Sejiwa’.

Kira-kira 800 orang menghadiri majlis itu termasukla­h para peserta dari hampir 20 kontinjen yang menyertai perbarisan yang bermula di Dataran/Pekarangan Dewan Serbaguna menuju ke Padang Lama Majlis Daerah Beluran sebelum masuk ke dewan untuk majlis perasmian dan pelbagai acara sambutan. Hadir sama

pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk Abdul Rahman Datuk Haji Kangkawang yang mewakili Adun Labuk Datuk Michael Asang, Ketua Polis Daerah (KPD)

Beluran Superitend­an Shivananth­an A/L R. Velautham dan Ketua Daerah Beluran OKK Abd Rashid Dondolang serta ketuaketua/wakil jabatan atau agensi kerajaan negeri dan persekutua­n di daerah

Beluran.

 ??  ?? ( Gambar atas) MOLINAH (tengah) membawa kotak hijau berisi Jalur Gemilang sambil dikawal ketat empat anggota polis yang lain. (Gambar kanan)
RONALD (tengah) bersama Supt Shivananth­an dan Suhaili (tiga kanan) menunjukka­n Jalur Gemilang yang berjaya...
( Gambar atas) MOLINAH (tengah) membawa kotak hijau berisi Jalur Gemilang sambil dikawal ketat empat anggota polis yang lain. (Gambar kanan) RONALD (tengah) bersama Supt Shivananth­an dan Suhaili (tiga kanan) menunjukka­n Jalur Gemilang yang berjaya...
 ??  ?? EMPAT anggota ‘strike team’ berpakaian khas berjaya menembaik mati dua penjenayah.
EMPAT anggota ‘strike team’ berpakaian khas berjaya menembaik mati dua penjenayah.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) ‘PENJENAYAH’ bersenjata­kan pistol cuba menembak anggota polis. (Gambar bawah) POLIS memeriksa penjenayah yang berjaya ditembak mati.
(Gambar atas) ‘PENJENAYAH’ bersenjata­kan pistol cuba menembak anggota polis. (Gambar bawah) POLIS memeriksa penjenayah yang berjaya ditembak mati.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota polis IPD Beluran yang turut menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 daerah Beluran.
SEBAHAGIAN anggota polis IPD Beluran yang turut menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia