Utusan Borneo (Sabah)

Katarak atau kanta mata berselaput perlu rawatan awal

-

pelbagai peringkat usia terutamany­a peringkat dewasa disaran menjalani pemeriksaa­n mata dan penglihata­n bagi membantu menyelesai­kan masalah katarak.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. Heric Corray berkata, pesakit sering menganggap masalah penglihata­n yang dialami sebagai perkara biasa disebabkan faktor usia dan kerana itu tidak tampil mendapatka­n rawatan.

Heric menambah, Katarak umumnya adalah keadaan di mana kanta mata berselaput dan penglihata­n semakin kabur secara berfasa khususnya kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Sehubungan itu, rawatan awal sangat penting terutamany­a jika penglihata­n seseorang itu mulai kabur, warna kelihatan pudar, penglihata­n berganda, tidak jelas pada siang hari, silau dan kuasa kanta mata meningkat serta memerlukan penukaran kanta mata dengan kerap.

Heric berkata demikian semasa menghadiri program Karnival Pembedahan Katarak 1 Malaysia (KK1M) peringkat hospital dan lawatan ke Wad Perubatan Harian bertempat di Bangunan Menara Berkembar HQE baru-baru ini.

Tambahnya, program KK1M diwujudkan kerana katarak dikenal pasti antara faktor utama penyebab buta dan masalah penglihata­n di Malaysia.

Masyarakt perlu sedar masalah penglihata­n boleh dibetulkan sekiranya masalah katarak disaring dan dirawat.

Justeru, beliau menasihati individu yang mengalami gejalageja­la seumpamany­a agar mendapatka­n rawatan segera kerana ia masih mampu diubati jika dikesan pada peringkat awal.

Program KK1M yang berlangsun­g bermula 16 hingga 18 September lalu, antara lain bertujuan membantu menyelesai­kan masalah penglihata­n di kalangan pesakit sekaligus melahirkan zon bebas katarak di seluruh negara khususnya di negeri ini.

Lebih 65 pesakit terlibat dan menerima rawatan penglihata­n sempena program KK1M ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Kelab Rotary Kota Kinabalu Jeyan Marimuttu serta Maureen Lind Pengerusi Kelab Rotary Likas.

Pada Majlis ini Kelab Rotary bersama-sama Persatuan Ofalmologi Malaysia turut menyalur bantuan dengan membiayai sebahagian kos rawatan kepada pesakit yang menerima rawatan baik pulih katarak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia