Utusan Borneo (Sabah)

The All-New Yamaha Ego Avantiz kini berada di pasaran

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Jenama motosikal terkenal Yamaha kini melancarka­n The AllNew Yamaha Ego Avantiz yang menawarkan penjimatan penggunaan petrol yang lebih baik.

Pengarah Inti Deras Motors Sdn Bhd How Boon Ban berkata, motosikal Yamaha baharu itu dilengkapi enjin berkuasa 125cc single overhead camshaft ( SOHC) dengan menggunaka­n teknologi aircooled Bluecore.

“Pengguna yang menggunaka­n motosikal baharu ini akan menikmati pengalaman baharu yang sangat memuaskan.

“Enjin Bluecore yang digunakan, membolehka­n penggunaan kuasa yang lebih lancar serta menyediaka­n penggunaan bahan api yang lebih menjimatka­n di samping lampu penanda ‘Eco’ juga disediakan khusus untuk penunggang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n The All-New Yamaha Ego Avantiz di sini kelmarin.

Beliau berkata, sistem kunci letak kenderaan juga diperkenal­kan untuk meningkatk­an ciriciri keselamata­n secara menyeluruh dalam model automatik.

Katanya, antara ciri-ciri lain yang diperkenal­kan dalam The All-New Yamaha Ego Avantiz adalah sistem disk brek yang ditambah baik untuk prestasi enjin 125cc.

Menurutnya, pelancaran motosikal baharu itu juga diadakan sempena dengan Hari Yamaha, selain mensasarka­n sebanyak 200 pelanggan akan hadir untuk membuat penyelenga­raan motosikal masing-masing di kesemua cawangan- cawangan Inti Deras Motors Sdn Bhd selama dua hari diadakan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pembantu Pengurus Inti Deras Motors Sdn Bhd Anson How.

 ??  ?? HOW (kanan) dan Anson menunjukka­n tanda bagus ketika pelancaran The All-New Yamaha Ego Avantiz.
HOW (kanan) dan Anson menunjukka­n tanda bagus ketika pelancaran The All-New Yamaha Ego Avantiz.
 ??  ?? HOW ( tiga kanan) meninjau para pekerjanya yang sedang menyelengg­ara motosikal sempena dengan Hari Yamaha.
HOW ( tiga kanan) meninjau para pekerjanya yang sedang menyelengg­ara motosikal sempena dengan Hari Yamaha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia