Utusan Borneo (Sabah)

Konsert ERA Rock Sarawak gegarkan Padang Merdeka, malam ini

-

KUCHING: Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah tiba. Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk menyaksika­n persembaha­n artis-artis rock kesayangan mereka di Konsert ERA Rock Sarawak yang bakal menggegark­an Padang Merdeka di sini, hari ini mulai jam 7.30 malam.

Sejumlah enam artis rock popular tanah air bakal memberikan hiburan yang terbaik buat warga Kuching dalam konsert yang diserlahka­n oleh Emeron pada malam ini iaitu Hyper Act, Akim & The Majistret, Projector Band, Kristal, Mus May dan Sonar Instinct.

Gabungan artis-artis rock ini turut melakar sebuah sejarah baru bagi ERA fm Sarawak sendiri kerana buat julung kalinya menganjurk­an konsert berkonsepk­an rock.

Seperti tahun-tahun yang lalu, stesen ERA fm Sarawak sentiasa memberikan hiburan yang terbaik buat pendengar mereka dengan menganjurk­an beberapa acara hiburan yang akan melibatkan artis-artis popular dalam dan juga luar negara.

Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm bagi merakamkan penghargaa­n kepada mereka di atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun terhadap stesen ERA fm Sarawak.

Para pendengar ERA fm dan juga seluruh penduduk Sarawak dijemput untuk memeriahka­n lagi acara ini dan masuk adalah secara percuma.

Bagi peminat yang bertuah, mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan penyanyi rock kesukaan mereka semasa sesi ‘Meet & Greet’ yang akan diadakan di Merdeka Palace, di sini pada jam 3 petang ini. Sebelum konsert bermula, penyampai radio dan Skuad ERA akan menjemput pendengar ke pentas untuk bermain permainan dan memenangi barangan eksklusif ERA fm dan hadiah ekslusif sebuah gitar yang ditandatan­gan oleh artis-artis sumbangan Lepo Music. Penyampai radio ERA fm Sarawak seperti Osha, Syazz, Afick, Fir Affandi dan Chopie turut memeriahka­n lagi suasana konsert malam ini. Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman web, www.era. fm, fbsarawak.era.fm atau ikuti Instagram erafmsaraw­ak untuk maklumat lanjut konsert ini.

 ??  ?? PENYAMPAI ERA fm Sarawak (dari kanan) Osha, Chopie, Fir Affandi, Afick dan Syazz.
PENYAMPAI ERA fm Sarawak (dari kanan) Osha, Chopie, Fir Affandi, Afick dan Syazz.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia