Utusan Borneo (Sabah)

Polis Los Angeles nafi siasat Brad Pitt

-

SELEPAS dikaitkan dengan aktres Perancis Marion Cotillard, satu lagi gosip melanda diri pelakon Brad Pitt susulan pemfailan tuntutan perceraian oleh Angelina Jolie pada awal minggu ini.

Kali ini, beliau dikatakan telah berkasar dengan anakanakny­a sehingga disiasat oleh pihak berwajib AS. Namun begitu pada Khamis lepas, Jabatan Polis Los Angeles telah menafikan laporan yang Brad Pitt kini di bawah siasatan dan menegaskan yang mereka tidak menerima sebarang aduan mengenai pelakon itu.

“Kami tidak mempunyai laporan dalam rekod kami berkaitan aduan mengenai Brad Pitt, kami tidak melakukan sebarang siasatan berhubung Brad Pitt,” kata jurucakap polis Lorenzo Quezada kepada AFP.

Jabatan Perkhidmat­an Kanak-kanak dan Keluarga Los Angeles juga turut menafikan bahawa ia telah membuat pengesahan kepada mana-mana media mengenai tuduhan terhadap Brad Pitt.

“Bertentang­an dengan apa yang telah diterbitka­n di beberapa tempat, pejabat ini tidak pernah memberitah­u sesiapa atau mengesahka­n yang kami terlibat dengan sebarang klien tertentu seperti yang dilaporkan di mana-mana,” kata juru- cakap Neil Zanville.

Tambahnya, pejabat mereka dilarang sama sekali untuk membincang­kan sebarang penyiasata­n yang berlangsun­g berhubung mana-mana klien, selebriti atau sebagainya.

Beberapa media melaporkan pada Selasa yang Pitt telah bertindak kasar dan memarahi sekurang- kurangnya seorang daripada enam anaknya semasa satu pergaduhan sehingga menyebabka­n Angelina Jolie meminta cerai.

Menurut laman sesawang selebriti TMZ, polis Los Angeles mula menyiasat Pitt berdasarka­n maklumat yang tidak diketahui dari mana asalnya yang telah diterima oleh Jabatan Perkhidmat­an Kanak-kanak dan Keluarga, seperti yang biasa dilakukan untuk mana-mana laporan penderaan kanak-kanak.

Laporan itu menyusul beberapa hari selepas Jolie, 41, memfailkan tuntuan cerai daripad Pitt, 52, dengan alasan tiada lagi persefaham­an dan menuntut hak jagaan penuh ke atas enam orang anak mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail bertarikh 8 November 2011 ini menunjukka­n Pitt (lima kiri) bersama Angellina Jolie dan enam anak mereka semasa tiba di lapangan terbang Haneda, Tokyo.
— Gambar AFP GAMBAR fail bertarikh 8 November 2011 ini menunjukka­n Pitt (lima kiri) bersama Angellina Jolie dan enam anak mereka semasa tiba di lapangan terbang Haneda, Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia