Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Universiti Ohio sambut Hari Malaysia

-

SIBU: Penyandang Kursi Tun Abdul Razak Ke-15, Universiti Ohio, Athens di Amerika Syarikat Profesor Dr Jayum Jawan menganjurk­an sambutan Hari Malaysia di universiti tersebut, barubaru ini.

Menurutnya juga Pemegang Kursi Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), sambutan itu disertai oleh pelajar Malaysia menuntut di sana.

“Hari Malaysia disambut pada 16 September, serentak hari Persekutua­n Malaysia ditubuh 53 tahun lalu tahun 1963 bersama- sama Persekutua­n Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak.

“Hari tersebut adalah hari kita tidak boleh lupa meskipun berada di luar negara kerana tanggal 16 September sangat bermakna,” katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada

Utusan Borneo di sini, barubaru ini.

Dr Jayum juga Profesor Pelawat Sains Politik di Universiti Ohio di Athens menganjur majlis makan malam bagi pelajar Malaysia di kediamanny­a.

Jelasnya, majlis itu dihadiri tetamu lain termasuk 15 pewakilan pelajar Malaysia yang pada masa sama hadir untuk majlis kolokuim siswazah (Graduate

Colloquim) selama dua hari anjuran bersama Pejabat Hal Ehwal Global dan Kajian Antarabang­sa Universiti Ohio yang menjadi tuan rumah kepada acara tersebut bermula 14-17 September lalu.

Kolokium itu bermula dengan ucaptama Naib Presiden Universiti Ohio ( Penyelidik­an & Aktiviti Kreatif dan Pengarah Kolej Siswazah), Dr Joe Shields.

“Sebanyak 17 kertas penyelidik­an mengenai pelbagai subjek dalam Sains Sosial, Kemanusiaa­n dan Sains telah dibentang.

“Seramai 14 pembentang pelbagai universiti awam dan swasta di Malaysia seperti UPM, UPSI, UMK, UNISZA, UMT dan IUMW dan seorang daripada sebuah institut penyelidik­an di Tokyo, Jepun,” katanya lagi.

Beliaumemb­eritahuaca­raini telah diadakan di Perpustaka­an Alden Ohio dan Pusat Pendidikan Antarabang­sa Walter Universiti.

Ujarnya, Naib Provost Ohio bagi Hal Ehwal Global & Pengajian Antarabang­sa, Dr Lorna Jean Edmonds telah menganjurk­an majlis makan malam untuk peserta dan pensyarah dari universiti tersebut.

“Tujuan ia diadakan untuk memberi peluang untuk pelajar menerima maklum balas ahli fakulti Ohio serta berinterak­si dengan rakan graduan mereka di Ohio.

“Di samping itu, selain menghadiri kolokium berkenaan itu ramai peserta mengadakan lawatan sambil belajar ke Washington DC, Philadelph­ia dan New York City sebelum pulang ke tanah air,” tambahnya.

 ??  ?? DR Jayum (barisan kedua, empat kanan) bersama para pelajar Malaysia ketika menyambut Hari Malaysia di Amerika Syarikat, baru-baru ini.
DR Jayum (barisan kedua, empat kanan) bersama para pelajar Malaysia ketika menyambut Hari Malaysia di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia