Utusan Borneo (Sabah)

Peragut putih mata, ditangkap orang awam

-

KUCHING: Seorang peragut berputih mata apabila cubaannya melarikan dompet milik seorang wanita gagal malah turut ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada polis pada Rabu.

Menurut sumber, insiden dilaporkan berlaku di Jalan Market di sini apabila mangsa yang berusia 20 tahun hendak membuka kunci motosikaln­ya yang diparkirka­n di tepi jalan berkenaan sekitar jam 9 pagi.

Difahamkan, suspek berasal dari Debak, Betong itu mengambil peluang tersebut dengan merampas dompet mangsa dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa bertindak mengejar suspek selain menjerit meminta tolong dan beberapa orang awam yang menyaksika­n kejadian tersebut turut mengejar suspek yang kemudian berjaya ditahan.

“Suspek yang berusia 18 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Dompet mangsa yang dibaling oleh suspek semasa dia dikejar juga telah ditemui semula,” kata sumber.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang doktor membuat laporan polis selepas rumah di Bormill Estate, di sini dipecah masuk dan pelbagai barangan termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang.

Sumber memberitah­u, kejadian hanya disedari mangsa yang berusia 26 tahun apabila pulang ke rumahnya itu sekitar jam 5.30 pagi Rabu dan mendapati tingkap di ruang tamu rumahnya terbuka.

“Pemeriksaa­n lanjut kemudian dia mendapati rumah dalam keadaan berselerak dan pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, dokumen peribadi dan wang tunai sekitar RM200 hilang dari simpananny­a,” kata sumber.

Mangsa kemudian terus ke balai polis berhampira­n untuk melaporkan mengenai insiden tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia