Utusan Borneo (Sabah)

Remaja terbunuh, kereta dipandu rempuh pokok

-

SIBU: Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Deshon dalam kemalangan jalan raya pada jam 12.12 pagi Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Fredrick Jamit Bunya, 23, berasal dari Kanowit dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah bahagian muka.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superinten­den Martin Koo ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mangsa dipercayai terbabas sendiri ketika memandu kereta jenis Vios dan melanggar pokok di sebelah kiri bahu jalan.

Pasukan paramediks dimaklum mengenai kejadian bergegas ke lokasi dan mengesahka­n mangsa meninggal dunia pada jam 1.04 pagi. “Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah rakan di Permai selepas menghantar seorang rakan wanita pulang di kawasan Sungai Bidut.

Menurut sumber, mangsa dikatakan bersama rakan lain menghadiri satu majlis doa selamat di Permai bagi meraikan seorang lagi rakan wanita yang mendapat pekerjaan di Johor.

Mangsa dikatakan meminjam kereta untuk menghantar seorang rakan wanita itu pulang pada jam 11 malam Khamis.

Selepas kejadian, pihak polis dan bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluark­an mangsa dari kereta tersebut sebelum dihantar ke Hospital Sibu.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada di lokasi untuk menghulurk­an bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia