Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan Benny/Andrian kekalkan kejuaraan

-

KOTA MARUDU: Gandingan saudara sepupu Benny Samuel dan Andrian Lanjim mendominas­i Kejohanan Badminton Tertutup Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sumbilingo­n 2016 sempena Sambutan Hari Malaysia.

Pasangan Benny/Andrian dipaksa berhempas pulas sebelum bergelar juara beregu semenjak 2013 dengan mengatasi pencabar terbaharu iaitu gandingan Mothy Mojitol dengan Bae De Armstrong Simbaku dalam tiga set dengan persembaha­n menarik setelah pemain kidal B.D Armstrong melakukan kesilapan depan jaring walaupun sudah mendahului 20-18.

Keputusan perlawanan 24-22, 18-21, 22-20.

Tempat ketiga disandang oleh pasangan Rosly Stheven /Forssal@Ondeng.

Benny turut mengekalka­n momentum apabila menjuarai perseorang­an lelaki terbuka apabila dengan mudah menundukka­n pemain veteran Lamado Ahmad 21-14, 21-8 dalam masa 22 minit.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Jelly@ Ompok yang berakhir di dewan serbaguna Kampong Sumbilingo­n baru baru ini.

Kejohanan julungkali dibuat atas kerjasama KRT, Belia Advent SDA Sumbilingo­n itu menyaksika­n kejutan bagi pemain perseorang­an wanita apabila Doris Harun akhirnya berjaya mengenepik­an pilihan utama, Fitry Kuntihang dalam tiga set 18-21, 20-22, 22-24.

Manakala tempat ketiga disandang Lina Mutin.

Tidak kurang hebatnya pertemuan akhir antara pasangan beregu wanita antara Dara Harun/ Lina Mutin yang menewaskan pasangan Doris /Fitry dalam stret set 21-13, 21-16.

Manakala bekas juara 2013 Olius Pal/Selista Sinjiu terpaksa akur di tempat ketiga setelah mengalahka­n pasangan adik beradik Idah/ Nani Lamado.

Bagi Daris Harun yang juga peserta Kelab Bulu Tangkis Sumbilingo­n turut cermelang merih naib juara dalam ketegori beregu campuran dan beregu wanita tidak mensia siakan nasihat dan teknikal yang diberikan oleh Benjohn juga pengurusi penganjur kejohanan.

Pasangan beregu campuran yang baharu dibentuk pula menyaksika­n pasangan Fitry/ Forssel mengalahka­n pasangan Doris/ B. D Armstrong 21-19, 24-22 dalam masa 25 minit. Tempat ketiga pula disandang oleh Dora/ Amit.

Sebagai usaha untuk menjadikan sukan badminton ini pilihan kepada remaja dan juga penduduk kampung Benjohn berkata, di atas sambutan ramai diharap ianya dijadikan platform mencari bakat bakat baharu di samping membudayak­an aktiviti bersukan sebagai amalan sihat selain riadah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m yang sedia wujud.

Beliau juga berterima kasih kepada para penajapena­ja daripada syarikat dan perseorang­an yang memberikan kerjasama.

Katanya, walaupun sumbangan mereka kecil tetapi cukup bermakna dalam menjayakan program sukan KRT di mana pasukan badminton turut menjadi pilihan.

Sementara itu Senjiu Pandarasa yang juga pengerusi KRT Sumbilingo­n mahu agar program tiga jenis sukan terpilih yang diadakan iaitu bola sepak, bola tampar dan badminton dijadikan acara tahunan sempena sambutan Hari Malaysia setiap tahun.

 ??  ?? PASANGAN Dora, Lina pemenang beregu wanita.
PASANGAN Dora, Lina pemenang beregu wanita.
 ??  ?? PARA pemenang bola sepak wanita bergambar kenangan bersama penduduk kampung.
PARA pemenang bola sepak wanita bergambar kenangan bersama penduduk kampung.
 ??  ?? PARA pemenang bergambar bersama AJK pengurusan badminton.
PARA pemenang bergambar bersama AJK pengurusan badminton.
 ??  ?? KELUARGA Lamado menerima hadiah keluarga aktif bersukan.
KELUARGA Lamado menerima hadiah keluarga aktif bersukan.
 ??  ?? PASANGAN Benny/Andrian semasa aksi akhir mereka.
PASANGAN Benny/Andrian semasa aksi akhir mereka.
 ??  ?? DORA menerima medal johan perseorang­an wanita.
DORA menerima medal johan perseorang­an wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia