Utusan Borneo (Sabah)

Penganjur tambah hadiah Cabaran Orang Kuat Papar

Tambahan hadiah wang tunai tiga pemenang teratas setiap acara

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Berita baik buat peserta Cabaran Orang Kuat Papar apabila penganjur memutuskan menambah tawaran hadiah wang tunai.

Cabaran anjuran Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Asli Sabah (Agaras) dengan kerjasama Borneo Extreme Events dan mendapat sokongan Orang Kuat Malaysia, Persekutua­n Orang Kuat Dunia serta Majlis Daerah Papar itu akan berlangsun­g di perkaranga­n Dewan Masyarakat Papar pada 8-9 Oktober depan.

“Mesyuarat Jawatankua­sa Penganjur baru-baru ini telah memutuskan untuk turut menyediaka­n hadiah wang tunai bagi tiga pemenang teratas setiap acara yang dipertandi­ngkan berbanding hanya untuk pemenang keseluruha­n acara sebelum ini.

“Sebelum ini, hadiah wang tunai yang ditawarkan hanya kepada lapan pemenang teratas keseluruha­n acara. Yang ini pun telah ditambah kepada 10 pemenang teratas,” kata kordinator pertanding­an Roger Frederick ketika ditemui di sini kelmarin.

Hadiah untuk setiap acara menyaksika­n juara akan menerima RM150, kedua RM100 dan ketiga RM50.

“Pemenang untuk keseluruha­n acara juga kini hingga tempat ke-10 di mana pemenang tempat kesembilan dan ke- 10 masing- masing menerima RM100.

“Hadiah bagi lapan pemenang teratas kekal sebagaiman­a yang diumumkan sebelum ini di mana juara akan menerima RM3,000, kedua RM2,000, ketiga RM1,000, keempat RM700, kelima RM500, keenam RM400, ketujuh RM300 dan kelapan RM200,” kata Roger.

Cabaran itu mempertand­ingkan lapan acara klasik iaitu Truck Full, Farmer’s Walk, Car Deadlift, Yoke Walk, Log Press, Atlas Stone, Tyre Flip dan Hercules Grip.

Sambil itu, seramai 13 peserta dari dalam dan luar negeri telah mengesahka­n penyertaan sehingga pendaftara­n awal ditutup dua hari lalu.

“Bagaimanap­un penyertaan masih lagi dibuka sehingga pada hari pertanding­an (9.30 pagi pada 8 Oktober) tetapi yuran penyertaan adalah RM300 berbanding RM250 sebelum ini ( pendaftara­n awal).

“Saya ada menerima beberapa lagi panggilan tetapi mereka belum mengesahka­n penyertaan. Saya percaya dapat capai sasaran 18 penyertaan tetapi kalau lebih ramai lebih meriah,” katanya.

Antara yang telah mengesahka­n penyertaan adalah lima peserta luar iaitu Dato Ahmad Zaki dan Rudy Melvyn dari Selangor serta tiga peserta yang akan mewakili PDRM Sarawak iaitu Ricky Poh, Markus Enggai dan Majid Maidin.

Peserta luar itu dijangka akan menjadi pencabar utama kejuaraan manakala tumpuan juga perlu diberikan kepada beberapa peserta tempatan Sabah seperti Andy Gerald, Francis Abi, Bob Junior dan Andoro Bandang.

Cabaran berkenaan diadakan sempena dengan Karnival Kesihatan dan Bersih Papar anjuran Parlimen Papar dan Agaras.

 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar (empat dari kanan) bersama presiden Agaras Michael Frederick (tiga dari kanan) serta jawatankua­sa penganjur Karnival Kesihatan dan Bersih Papar selepas mesyuarat di...
TIMBALAN Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar (empat dari kanan) bersama presiden Agaras Michael Frederick (tiga dari kanan) serta jawatankua­sa penganjur Karnival Kesihatan dan Bersih Papar selepas mesyuarat di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia