Utusan Borneo (Sabah)

Dua ribu kg sampah dikutip dalam program pembersiha­n pantai

Lebih 150 peserta sertai program pembersiha­n pantai anjuran Body Shop

- Oleh SADDAM EDRIS

L

EBIH 150 peserta yang terdiri daripada ahli sukarelawa­n, kakitangan Body Shop dan warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyertai program pembersiha­n pantai Tanjung Lipat Likas Kota Kinabalu dengan jarak 500 meter dari pantai anjuran syarikat kecantikan The Body Shop Malaysia kelmarin. Program dikenali sebagai ‘ Internatio­nal Coastal

Cleanup 2016’ itu bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan berjaya mengumpul lebih 2 ribu kilogram (kg) sampah sarap.

Majlis disempurna­kan oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Sulai mewakili menterinya Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Hadir sama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai bagi melepaskan ‘Flag Off’ kepada semua peserta.

Penganjura­n program selaras dengan misi tanggungja­wab sosial korporat (CSR)The Body Shop bagi peringkat global iaitu ‘Enrich not Exploit’ yang bertujuan melindungi dan memelihara alam sekitar bagi menjadikan ahli perniagaan pemimpin yang beretika.

Pengarah Urusan The Body Shop Malaysia Datin Mina Cheah Foong berkata, bagi membentuk perniagaan yang mampan, ianya perlulah seiring dengan usaha melindungi alam sekitar.

“Oleh itu, menjaga dan membersihk­an kebersihan pantai, tasik dan sungai bukan sahaja diadakan sekali dalam setahun, tetapi ia perlu dilakukan secara berterusan.

“Kami bukan sahaja memungut sampah untuk jadikan pantai ini bersih tetapi tujuan utama untuk memastikan sampah sarap dikeluarka­n dari sungai yang boleh membahayak­an habitat hidupan laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Tambah Mina, orang ramai seharusnya sedar akan kesan sampah kepada habitat hidupan laut jika tidak dibuang di tempat yang betul.

Justeru katanya, aktiviti tahunan sedemikian akan mendidik lebih ramai rakyat mengambil inisiatif untuk sama-sama membersihk­an dan menjaga kawasan sekitar pantai.

Sementara itu Yeo berkata, sememangny­a usaha meningkatk­an kesedaran akan menjaga kebersihan pantai kerap diingatkan kepada orang ramai melalui kempen dan sebagainya.

Meskipun begitu katanya, masih ada yang kurang kesedaran mengenai kepentinga­n kempen berkenaan dan sentiasa menyalahka­n orang lain.

“Sehingga hari ini, kebersihan pantai kita amat mengecewak­an seperti yang mana kita lihat hari ini, sampah sarap dibuang di merata tempat.

“Walaupun menjumpai sampah di hadapan, kita tidak akan memungut, bahkan terus menyalahka­n pihak tertentu dan orang lain..situasi ini akan terus berlanjuta­n jika tiadanya kesedaran,” katanya.

Justeru Yeo berharap agar semua pihak dapat melaksanak­an tanggungja­wab bersama untuk bergotong-royong membersihk­an kawasan pantai dan mendidik anakanak muda untuk sama mempelajar­i niat murni itu.

Peserta program Syafiqah Saufie,26, berkata program sedemikian telah memberi kesan mendalam buat dirinya setelah melihat pelbagai jenis sampah sarap yang mengotori tepi pantai itu.

“Situasi seperti ini menunjukka­n betapa kita leka akan kebersihan laut dan persekitar­annya sehingga mencemari hasil laut yang menjadi sumber makanan.

“Saya amat sedih melihat keadaan ini dan berharap agar penganjura­n program seperti ini mampu menyumbang­kan sesuatu terutamany­a kesedaran orang ramai akan kepentinga­n menjaga kebersihan laut dan alam sekitar,” katanya.

Selain itu Jamal Gabir,31, berkata, orang ramai tidak seharusnya menyerahka­n sepenuhnya tanggungja­wab menjaga alam sekitar kepada pihak yang berkenaan sahaja.

Menurutnya, usaha yang dijalankan oleh Body Shop sememangny­a sumbangan yang lebih dari cukup untuk membenihka­n semangat kecintaan kepada alam sekitar.

“Impaknya bukan sahaja dalam kalangan peserta tetapi masyarakat tempatan dan luar juga akan melihat usaha seperti ini sebagai satu contoh yang harus diteladani.

“Bahkan, penglibata­n komuniti dari kalangan pengamal akademik seperti pensyarah dan pelajar secara langsung akan memberi kesan yang boleh diadaptasi dalam pembelajar­an di sekolah mahupun institut pengajian tinggi,” katanya.

Program diakhiri dengan penyampaia­n hadiah kepada kumpulan yang berjaya mengutip dan mengumpul sampah sarap yang paling banyak dan juga penyampaia­n sijil serta cenderahat­i kepada semua peserta yang disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Body Shop Malaysia Molly Fong.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA mengumpul longgokan sampah sarap di tepi pantai untuk dimasukkan ke dalam lori sampah.
PESERTA mengumpul longgokan sampah sarap di tepi pantai untuk dimasukkan ke dalam lori sampah.
 ?? ‘Flag ?? YEO (kanan) melepaskan
kepada semua peserta. Turut kelihatan Rosmadi (dua,kanan).
‘Flag YEO (kanan) melepaskan kepada semua peserta. Turut kelihatan Rosmadi (dua,kanan).
 ??  ?? JAMAL
JAMAL
 ??  ?? SYAFIQAH (tiga kanan) bersama rakannya yang lain sempat merakam gambar kenangan bersama pada program berkenaan.
SYAFIQAH (tiga kanan) bersama rakannya yang lain sempat merakam gambar kenangan bersama pada program berkenaan.
 ??  ?? MOLLY (kanan) menyampaik­an hadiah kepada wakil kumpulan yang memenangi kutipan sampah yang terbanyak.
MOLLY (kanan) menyampaik­an hadiah kepada wakil kumpulan yang memenangi kutipan sampah yang terbanyak.
 ??  ?? ROSMADI (dua kanan) dan Yeo (kanan) turut sama mengutip sampah sarap sekitar pantai berkenaan.
ROSMADI (dua kanan) dan Yeo (kanan) turut sama mengutip sampah sarap sekitar pantai berkenaan.
 ??  ?? PESERTA bersama pihak penganjur merakam gambar kenangan bersama.
PESERTA bersama pihak penganjur merakam gambar kenangan bersama.
 ??  ?? PESERTA program mengutip sampah di tepi pantai Tanjung Lipat.
PESERTA program mengutip sampah di tepi pantai Tanjung Lipat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia